suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

El Azman nafi bergaduh dengan Sharnaaz Ahmad, akui hala tuju berbeza

El Azman nafi bergaduh dengan Sharnaaz Ahmad.

USAHAWAN El Azman menafikan dakwaan kononnya dia bergaduh atau bermasam muka dengan Sharnaaz Ahmad susulan penglibatan semula pelakon itu sebagai duta untuk sebuah jenama fesyen. 

El Azman yang juga pengasas jenama baju Melayu, Elrah berkata keputusan untuk tidak memperbaharui kerjasama dibuat secara profesional dan bukan disebabkan sebarang konflik peribadi.

“Kami tidak bergaduh. Keputusan untuk tidak perbaharui kontrak Sharnaaz dibuat secara baik.

El Azman masih mengekalkan Beto (paling kanan) sebagai duta rasminya pada tahun ini manakala kontrak Sharnaaz tidak diperbaharui. 

“Cuma hala tuju jenama kami untuk tahun ini berbeza. Tahun ini, duta kami lebih tertumpu kepada atlet sukan kombat dan bola sepak.

“Namun, kami masih mengekalkan Beto Kusyairy sebagai duta lama yang mewakili selebriti serta pengumuman istimewa yang akan dibuat dalam waktu terdekat,” katanya.

Menurut El Azman, Sharnaaz telah menjadi sebahagian daripada keluarga jenama itu selama kira-kira dua tahun dan sumbangannya sepanjang tempoh berkenaan amat dihargai.

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman nafi tiru rekaan samping, sedia ambil tindakan undang-undang - “Motif keris hasil interpretasi tersendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman tambah koleksi kereta mewah, siap dah beli nombor plat ‘D7’

“Kerjasama selama dua tahun itu sangat positif. Namun untuk tahun ini, ‘look’ dan konsep jenama berubah.

“Harapnya tidak timbul sebarang salah faham atau spekulasi tidak betul antara kami” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain