TINDAKAN pelakon Azhan Rani yang seolah-olah meniru gaya dalam rakaman video tular aktiviti senamrobik yang melibatkan wanita berbaju kurung, bertudung tetapi tidak memakai kain mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Azhan atau Azhan Abdul Rani, 50, menulis kapsyen berbentuk sindiran yang memberitahu dia mahu menyertai senaman zumba dengan menggayakan pakaian pesakit hospital tanpa seluar. "Terspontan pula nak join zumba pagi ni boleh? "Anak rambut tak nampak kan? Okay 3, 4 (kiraan bersenam)," tulisnya. Perkongsian Azhan mengundang tawa netizen.Dalam perkongsian sama, Azhan memuat naik fotonya ketika berada di hospital dengan mengenakan pakaian tersebut serta penutup kepala pembedahan yang lazimnya dipakai oleh petugas perubatan.Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian warganet apabila rata-rata menganggap Azhan gemar menyelitkan unsur lawak berserta kritikan sosial secara halus."Aku tak boleh tau kalau abang Azhan ni buat lawak mesti bikin orang dekah. "Ya Allah dia ni, ini tak haram nasib baik awak lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Zumba tak berkain, tuan badan mohon maaf - “Benda itu spontan, atas kesilapan diri sendiri”ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani mahu ‘bunuh’ karakter Ustaz Hamadi, tolak kalau ditawar watak penunggang agama"Seram seragam zumba ni," tulis netizen. Terdahulu, tular satu video memaparkan aksi dua wanita melakukan senaman dengan mengenakan pakaian yang dianggap kurang sopan sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya.Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah kumpulan Facebook, kelihatan dua wanita bersenam dengan mengenakan baju kurung putih, bertudung tetapi tidak memakai kain, manakala seorang lagi memakai legging hitam jarang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube