Seorang wanita tampil memberi penjelasan susulan video dua individu mengenakan baju kurung tanpa berkain ketika bersenam.
"BENDA itu spontan, atas kesilapan diri sendiri."Demikian kata seorang wanita susulan aksinya bersama seorang lagi individu yang mengenakan baju kurung tanpa berkain ketika bersenam, tular di laman sosial. Dalam penjelasan ringkasnya, wanita tersebut turut memohon maaf sambil menjelaskan bahawa penganjur acara tidak terlibat atau mengetahui perkara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Dua wanita bertudung tapi tak berseluar ketika senaman aerobik, Jais didesak siasat video persenda Islam"Dekat sini saya nak mohon maaf atas kejadian pagi tadi, yang kes bertudung tapi tak berkain. "Pagi tadi kita ada buat zumba dekat sini (Dewan Bukit Badong), penganjur memang tak tahu apa-apa. "Saya buat siaran langsung tu secara spontan. Saya mohon maaf bila ada individu yang pakai tudung tapi tak berkain. Benda itu spontan, atas kesilapan diri sendiri," ujarnya dalam video yang dimuat naik di laman sosial.Terdahulu, tular video memaparkan aksi dua wanita yang melakukan senaman dengan mengenakan pakaian kurang sopan, sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya.Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah laman grup Facebook, kelihatan dua wanita rancak bersenam dengan mengenakan baju kurung putih seperti pakaian seragam sekolah tanpa kain dan seorang yang lain memakai 'legging' hitam jarang.Apa yang mengejutkan, kedua-duanya mengenakan tudung.Warga maya mengecam tindakan dua wanita tersebut yang dianggap mempersendakan ajaran Islam sambal menggesa pihak yang berwajib mengambil tindakan terhadap individu yang berkenaan.