suria

Dua wanita bertudung tapi tak berseluar ketika senaman aerobik, Jais didesak siasat video persenda Islam

Aksi dua wanita yang melakukan senaman aerobik dalam keadaan tidak sopan menjadi tular di laman sosial. -Foto media sosial

AKSI dua wanita yang melakukan senaman aerobik dengan mengenakan pakaian kurang sopan tular di laman sosial sekali gus mencetuskan kemarahan warga maya.

Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah laman grup Facebook, kelihatan dua wanita rancak bersenam dengan mengenakan baju kurang putih seperti pakaian seragam sekolah tanpa seluar dan seorang yang lain memakai 'legging' hitam jarang.

Apa yang mengejutkan, kedua-duanya mengenakan tudung.

"Minta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tolong siasat program senaman aerobik di Bukit Badong. 

"Bertudung dan seluar pendek. Jelas menghina Islam dan permainkan hukum Islam dengan nyata," tulis individu berkenaan.

Aksi senaman yang disiarkan secara langsung (live) di TikTok difahamkan dirakam di Bukit Badong, Selangor, berdasarkan lokasi yang dinyatakan di video berkenaan.

Pelayar TikTok yang sempat melihat siaran berkenaan juga mengecam tindakan dua wanita tersebut yang dianggap mempersendakan ajaran Islam.

Dalam pada itu, warga maya turut tampil menggesa pihak yang berwajib mengambil tindakan terhadap individu yang berkenaan. 

"Weh bini siapa ni. Mak siapa ni. Nasihatkanlah sebelum menjadi wabak.

"Bertudung tapi half naked?

"Dah macam perangai ba*i," antara komen netizen.

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami