suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Aku tahan je air mata” - Isteri tersentak suami berkira bab makan, bising tambah pesanan sup cendawan RM5

Suami yang baik perlu menjaga kebajikan dan keperluan isteri. -Gambar hiasan AI

TANPA kita sedar sebenarnya kecil berkaitan makanan boleh menggores hati seseorang, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pasangan sendiri

Itulah yang dirasai seorang wanita apabila suaminya mempersoalkan tindakannya menambah pesanan sup cendawan berharga RM5 ketika mereka menikmati makan malam di luar.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia pada mulanya hanya memesan hidangan ringkas sebelum mengambil keputusan untuk menambah sup cendawan sebagai menu sampingan.

Komunikasi antara pasangan penting bagi menjaga keharmonian dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, reaksi dingin serta teguran suaminya sewaktu makanan sampai di meja membuatkan dia begitu terkilan.

"Isteri ni kalau dah mula terasa... sampai mati dia akan ingat. Masa saya makan malam dengan suami dekat luar, saya tambah satu menu.

"Alah... menu biasa, sup cendawan saja. Apabila pesanan sudah sampai, tahu tak apa suami cakap dekat saya? Memang sentap betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih ‘ride’ dengan kawan, isteri hamil sakit hati hasrat hirup udara sejuk Genting tak dipeduli... Asyik-asyik alasan belum servis kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Menekan-nekan minta nak pergi ‘ride’... Dah dapat lesen, lelaki tergamak tinggal RM20 je duit makan anak bini

"Order apa pula ni? Ingat biy (panggilan suami) gaji beribu ke? Kalau anda semua jadi saya pun, pasti kalian akan sentap juga," kata wanita itu.

Menurutnya, insiden pahit itu membuka matanya dan menjadi alasan utama mengapa dia enggan bergantung sepenuhnya kepada suami serta nekad untuk terus bekerja.

"Aku tahan je air mata masa tu. RM5 saja menu tu. Ni juga alasan terpaling tepat kenapa aku masih tak nak berhenti daripada pekerjaan sekarang.

"Aku dah nampak hinanya layanan suami kalau aku berhenti kerja nanti," ujar wanita itu lagi.

  • Isteri terkilan suami persoal pesanan sup cendawan RM5.
  • Wanita tahan air mata selepas suami mempersoalkan harga makanan.
  • Pengalaman pahit buat isteri nekad terus bekerja.
  • Netizen berpendapat cara suami bercakap lebih menyakitkan daripada isu wang.
  • Ramai menegaskan isteri bukan sekadar perlu dinafkahi, malah dihargai.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat isu sebenar bukan terletak pada harga makanan, sebaliknya cara suami berkomunikasi dengan isteri.

"Sebagai seorang suami, saya faham tekanan kewangan tu ada. Tapi kadang-kadang bukan nilai RM5 tu yang melukakan hati isteri, sebaliknya cara kita bercakap.

"Kalau kewangan terbatas, berbincang la baik-baik. Isteri bukan sekadar perlu dinafkahi tapi dihargai dan dijaga perasaannya," komen sorang netizen.

Artikel Lain