SETIAP lelaki sama ada bujang atau pun sudah berkahwin pasti mempunyai hobi atau me time sendiri bersama rakan-rakan. Ada memilih untuk bersukan, memancing atau melakukan aktiviti konvoi motosikal seperti ride yang semakin popular dalam kalangan kaum Adam. Namun, di sebalik keseronokan itu, ada juga isteri berdepan dilema apabila masa suami bersama keluarga mula terhad demi hobi dan rakan-rakan, sebagaimana luahan dikongsikan seorang wanita ini."Hari ini akhirnya suami berjaya pergi ride selepas beberapa kali lepas kahwin dia nak pergi ride tapi saya halang. Dalam grup ride, kawan dia cakap, dah dapat 'lesen' ke belum.Hobi ride motor bukan sekadar perjalanan, tapi cara menikmati kebebasan di setiap kilometer. -Gambar hiasan"Maksudnya memang dia pernah cakap dengan kawan dia yang isteri tak bagi pergi ride. "Kawan dia sambung lagi, berkeras lah sikit dengan bini tu. Kita suami, kita beli beras. Saya baca rasa terbakar sangat," kongsinya. Namun begitu, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak membincangkan perkara itu dengan suaminya kerana bimbang akan menimbulkan konflik lebih besar dalam rumah tangga mereka.Menurutnya lagi, suaminya cenderung mempertahankan rakan-rakan dan dirinya yang sering menjadi tempat melampiaskan kemarahan lelaki tersebut apabila berlaku pertikaian.ARTIKEL BERKAITAN: Nak ganti kasut kerja pun berkira, jimat demi keluarga... Isteri hamil rancang hadiahkan suami PS5, mahu pasangan ada masa untuk diri sendiriARTIKEL BERKAITAN: Tambah koleksi mainan boleh, tambah ‘cawangan’ minta maaf! Isteri support hobi unik suami, beli kren RM4,000 pun tak ada masalah"Beras dekat rumah ni pakai duit saya. Suami hanya bayar duit rumah sahaja. Itu pun tiga perempat. Satu perempat dari bayaran rumah tetap saya bayar. "Komitmen rumah tangga RM4,500 termasuk bayar rumah. Suami bagi RM2,000... saya tambah RM2,500. "Dia ada kerja part time pun tak selalu tambah kalau perlu duit lebih. Tapi saya tetap jaga aib dia," katanya.Lebih melukakan hati, suaminya hanya meninggalkan RM20 sebelum keluar berkonvoi seolah-olah terlupa tanggungjawab di rumah kerana terlalu teruja keluar bersama rakan-rakan.Seorang wanita kecewa apabila suaminya utamakan hobi berkonvoi bersama rakan-rakan sehingga abai tanggungjawab keluarga.Dia geram suami pernah memberitahu rakan-rakan bahawa dihalang untuk berkonvoi.Dia berdiam diri walaupun membantu menanggung sebahagian besar komitmen rumah tangga demi menjaga aib suami.Dia turut kecewa apabila suami hanya meninggalkan sedikit wang sebelum keluar berkonvoi.Netizen menasihatkan supaya dia lebih tegas soal kewangan dan menjaga diri demi kesihatan dan keyakinan diri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Macam tu punya seronok dia dapat keluar dengan kawan sampai lupa nak tinggal duit makan. "Bila saya tak bagi dia pergi ride, kerja rumah semua dia tinggal. Matilah saya. Saya kerja lagi, kerja rumah lagi. "Saya pernah cakap bawa saya sekali, dia bagi alasan saya tak tahanlah dan sebagainya. Berat saya 110 kilogram (kg) jadi mungkin dia takut motor 125 dia tu jahanam kot. "Bila jadi macam ni berkobar-kobar nak kuruskan diri dan cari orang lain. Apa yang saya nak buat sekarang ye?Antara respon netizen."Memikirkan suami berseronok dekat luar, sangat cemburu," kongsinya lagi. Di ruangan komen, warga maya memberikan reaksi yang pelbagai.Ada yang menyarankan wanita berkenaan lebih bertegas dengan suaminya soal tanggungjawab kewangan dan komitmen dalam rumah tangga. Tidak kurang juga ada yang menasihatkannya untuk lebih menitikberatkan penampilan bukan hanya untuk suami, tetapi kesihatan diri sendiri.