SEORANG wanita meluahkan rasa terkejut dan tidak selesa apabila ruang solat wanita di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) diterjah seorang lelaki.Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia sedang bersiap selepas selesai menunaikan solat di surau wanita di laluan LRT Kelana Jaya. Jelasnya, ketika itu, hanya dia dan seorang lagi wanita berada di dalam surau berkenaan."Tiba-tiba seorang lelaki ni main buka je pintu. Aku dah tengah tak tutup aurat.Wanita amat menitik berat soal aurat. -Gambar hiasan AI"Dalam surau cuma ada aku dengan seorang lagi perempuan," kongsinya di media sosial.Tambahnya, lelaki tersebut sebenarnya ingin memanggil seorang wanita di dalam surau, dipercayai pasangannya. "Rupanya dia nak panggil perempuan tu tapi sebab dia nampak sepasang kasut je kat luar."Dia ingat cuma ada perempuan tu je. Kalau ye pun tolong la peka, jangan buka pintu surau perempuan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tak selesa tengok budak 4 tahun nak ikut imam solat, jemaah surau suruh keluar saf - “Pergi main kat belakang sana”ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat ‘dek’ anak lelaki 11 tahun intai orang solat dalam surau... Wanita OKU luah rasa kesal, dakwa privasi terganggu!Menurutnya, kasut di luar surau ketika kejadian sebenarnya tersorok kerana hujan, namun keadaan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bertindak tanpa adab."Perempuan tu pun tak rasa bersalah bila tahu lelaki tu jenguk masuk terus nampak kita. Dia sengih pastu keluar," katanya.Dia turut membandingkan situasi tersebut dengan pengalaman lain, di mana seorang lelaki yang kehabisan bateri telefon bertindak lebih berhemah.Wanita terkejut lelaki buka pintu surau ketika belum tutup aurat.Kejadian berlaku di LRT Kelana Jaya.Lelaki mahu panggil pasangan, tapi bertindak tanpa berfikir.Pengadu tegaskan sepatutnya ketuk pintu atau minta bantuan.Netizen kongsi pengalaman sama, isu privasi jadi perhatian.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bila saya keluar dari surau, dia cakap bateri telefon mati. Jadi dia minta tolong panggilkan perempuan dekat dalam, kan lebih beradab," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen khusunya dalam kalangan wanita yang mengakui pernah berdepan situasi sama."Pernah kena dekat LRT Sri Rampai. Tengah tanggalkan solekan nak solat ada lelaki ni main buka je pintu. Dah salah minta maaf pun tak."Saya pernah kena sedangkan banyak kasut perempuan dekat luar. Siap boleh buka pintu cari mak dia, boleh jadi trauma nak solat kat surau mall," komen warga maya.