SEORANG ibu meluahkan rasa kesal selepas anak kecilnya yang ingin turut sama menunaikan solat secara berjemaah disaran untuk pergi bermain oleh seorang warga emas.Menurut wanita itu, anak lelakinya yang berusia empat tahun sudah dibiasakan mengikuti bapa atau datuknya ke surau untuk menunaikan solat berjemaah. Katanya, kanak-kanak tersebut kebiasaannya akan menunaikan solat di sebelah datuknya dan tidak bermain dengan rakan sebaya ketika berada di surau.Sebahagian ibu bapa membawa anak ke masjid untuk belajar berjemaah. -Gambar hiasan"Budak tu elok nak solat sebelah atuk, tapi pakcik tu cakap pergi main kat belakang sana... ada kawan-kawan tengah main. "Abah (atuk dia) terus cakap tak payah, solat sini dengan atuk. Budak tu elok nak solat kau suruh main. Aku dengar pun rasa nak marah," luah wanita itu.ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab tu jodoh saya belum sampai” - Gadis tak khusyuk solat di masjid, terganggu ada anak kecil main di ruang MuslimahARTIKEL BERKAITAN: Guru bersangka buruk tengok budak tak doa, zikir selepas solat! Terus muhasabah diri dapat tahu hakikat ibadatnya A+++Wanita itu mengakui berasa terkilan kerana mereka selama ini berusaha mendidik anak mengenai adab berada di surau atau masjid termasuk tidak bermain dan mematuhi arahan orang dewasa ketika menunaikan ibadah."Kita ni ajar anak kat rumah... tapi apabila sampai sana orang lain pula ajar anak kau supaya main dalam surau," katanya.Seorang ibu kesal anak kecilnya disuruh bermain ketika ingin solat berjemaah.Kanak-kanak itu sudah biasa mengikuti bapa dan datuk ke surau.Datuknya menegur individu berkenaan dan meminta cucunya terus solat di saf.Perkongsian itu mendapat reaksi netizen yang pernah melalui situasi sama.Pandangan agama menyatakan kanak-kanak tidak boleh dipindahkan jika sudah berada dalam saf.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mempunyai pengalaman serupa apabila kanak-kanak diminta tidak berada di saf yang sama dengan orang dewasa. "Dulu anak saya umur 10 tahun kena macam ni juga, dihalau pergi saf belakang padahal kami datang awal."Baru je jadi kat anak saya. Singgah nak solat tapi ada atuk tu halau main kat luar," komen netizen.Pandangan agamaJabatan Mufti Negeri Selangor dalam menjawab tentang persoalan saf kanak-kanak ketika solat berjemaah menjelaskan bahawa kedudukan mereka hendaklah disusun mengikut turutan tertentu seperti yang digariskan ulama. "Dalam situasi saf pertama di belakang imam, keutamaan hendaklah diberikan kepada orang dewasa yang berkelayakan menggantikan imam."Manakala bagi jemaah lelaki dewasa yang datang lambat sehingga kanak-kanak lelaki telah berada dalam saf, maka mereka tidak boleh ditarik atau dipindahkan ke tempat lain kerana mereka berhak untuk berada di situ. "Andaian bahawa kanak-kanak boleh memutuskan saf dan mengurangkan pahala jemaah adalah tidak benar," katanya.