suria

Rasa cinta dah hilang, tapi wanita berat hati nak cerai sebab suami ugut sebar video intim

Isteri akan tertekan jika tugas dan urusan rumah tangga dipikul sendirian. -Gambar hiasan AI

SEORANG isteri kini berada dalam keadaan buntu dan tertekan emosi apabila rumah tangga yang dibina sejak tiga tahun lalu kini di ambang perpisahan.

Menurut wanita itu, dia dan suami telah berbincang dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik selepas Aidilfitri nanti.

Namun, kedua-dua mereka masih dibelenggu perasaan sedih dan berat untuk melepaskan satu sama lain.

Hubungan suami isteri tidak wajar dirakam untuk tujuan simpanan. -Gambar hiasan AIHubungan suami isteri tidak wajar dirakam untuk tujuan simpanan. -Gambar hiasan AI

"Punca (mahu cerai) sebab sebelum ni dia tak pernah ambil tahu tentang perasaan aku, sebelahkan mak dia. Bila aku cakap semua salah, aku jadi tawar hati.

"Aku jadi pendam, dendam semua sampaikan aku buat perkara yang boleh buat dia marah. Hati aku keras memilih untuk pergi, tapi berat untuk aku lepaskan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin jumpa rakaman video bogel pelajar sendiri dalam kelas, terbongkar kes rogol berkumpulan di sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi pemuas nafsu bos, hantar video bogel di Telegram... Hati suami kerja offshore remuk, nafkah RM8,000 pun tak bersyukur

Wanita itu turut mendedahkan tekanan yang dihadapi apabila terpaksa bekerja 12 jam sehari bagi mendapatkan 'gaji' RM100, sedangkan suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak membantu menguruskan rumah.

Situasi menjadi lebih rumit apabila dia mengaku menjalinkan hubungan rapat dengan rakan di tempat kerja sambilan.

"Hanya selepas kejadian tersebut, baru dia mula berubah dan akhirnya dapat pekerjaan yang lebih stabil.

"Tapi perasaan cinta dan 'spark' dalam hubungan makin pudar, malah kalau berbincang pun akan bergaduh," katanya.

  • Wanita luah rumah tangganya di ambang perpisahan.
  • Dakwa suami tidak faham perasaan dan berat sebelah.
  • Tekanan kerja dan masalah kewangan jejaskan hubungan.
  • Suami mula berubah selepas konflik terbongkar.
  • Ugutan sebar video peribadi cetus kebimbangan.

Dia juga mendakwa suaminya pernah mengugut untuk menyebarkan video bogel miliknya yang dirakam ketika 'bersama', kononnya untuk simpanan peribadi sebelum ini.

"Dia siap ugut nak viralkan video bogel aku. Masa kami 'bersama' dia selalu nak rekod alasan nak tengok, bila jadi macam ni dia ugut aku.

"Aku cuba nak terima balik tapi bila ditambah pasal ugut tu aku sangat takut," katanya yang meminta pandangan netizen.

Warga maya berpandangan situasi yang dialami wanita tersebut sangat berat dan mencadangkan agar dia membuat laporan polis.

"Video bogel? Buat laporan polis dan tinggalkan suami macam tu. Jadah ada laki macam tu.

"Ambil telefon dia baling dalam sungai, kemudian buat apa yang sepatutnya. Awak patut dapat laki yang lebih baik," antara komen netizen. 

 

Artikel Lain