suria
mStar - Urban.Versatil

Suami melenting isteri nasihat berhenti hisap vape, dakwa punca sakit dada sebab banyak 'shopping' online

Suami perlu lebih menjaga hati dan sensitiviti isteri termasuklah dalam hal melibatkan kewangan. -Gambar hiasan AI

SEORANG suri rumah meluahkan rasa terkilan apabila teguran mengenai kesihatan suami dibalas dengan sindiran yang melukakan hati. 

Menurut wanita itu, ketika suaminya mengalami masalah kekejangan otot, mereka pergi membuat pemeriksaan dan jantungnya disahkan berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, respons yang diterima selepas menasihati suami agar berhenti menghisap vape (rokok elektronik) demi kesihatan jangka masa panjangnya membuatkan dia terkedu.

Isu kewangan dalam rumah tangga boleh menjadi punca pergaduhan. -Gambar hiasan AI

"Badan suami aku sebelah kanan sekarang ni tengah ada muscle cramp. Sakit tu sampai rasa dekat dada. Doktor cakap, jantung suami aku semuanya okay.

"Masa sapu ubat yang doktor bagi, aku ada cakap dekat dia berhenti la guna vape tu. Kemudian, suami cakap bukan sebab vape pun.

"Sakit ni sebab sayang selalu minta imbasan QR untuk bayar barang guna Shopee (bayaran guna ShopeePay atau imbas QR)," cerita wanita itu tentang suami yang cuba mengaitkan isu kewangan dengan kesihatan dirinya.

Wanita itu sedar suami mungkin sekadar bergurau, namun kata-kata tersebut tetap menusuk hati dan perasaannya sebagai isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buktikan RM150 cukup untuk beli barang dapur sebulan, 2 orang makan! Ini strategi, perinciannya

ARTIKEL BERKAITAN: Menyewa atau beli rumah sendiri, mana lebih praktikal? Ini perkara anda patut tahu sebelum menyesal seumur hidup

Baginya, selama ini pembelian yang dibuat di aplikasi e-dagang bukanlah untuk kehendak peribadi sebaliknya melibatkan keperluan rumah tangga dan anak-anak.

"Habis je aku sapu ubat, aku terus tutup lampu. Keluar juga air mata ni. Macam ni la mungkin nasib sebagai seorang suri rumah.

"Suami sendiri pun boleh sindir-sindir kita ni," ujarnya yang terasa hati dengan kata-kata suami.

Tambah wanita itu lagi, sepanjang perkahwinan dia juga tidak pernah berkira soal perbelanjaan apatah lagi untuk keluarga sendiri. 

  • Isteri nasihat suami berhenti vape, tapi disindir punca sakit sebab selalu berbelanja di e-dagang.
  • Gurauan suami buat isteri terasa hati.
  • Barang yang dibeli untuk keperluan rumah dan anak-anak.
  • Air mata isteri mengalir selepas tutup lampu.
  • Pengadu pernah berkira dengan keluarga sendiri, tetap disindir.

Jika mempunyai lebihan wang hasil berniaga, dia akan berbelanja untuk anak-anak dan suami tanpa pernah mengungkit.

"Kalau aku ada duit, hasil daripada jualan aku biarpun sikit... aku tetap akan belanja anak-anak dan suami makan dekat luar.

"Tak pernah lagi aku nak ungkit-ungkit semua benda. Apa yang berlaku membuatkan hati aku hancur," luahnya lagi.

Artikel Lain