suria

Suami ajak isteri dalam pantang ‘panjat’ mahkamah, tak sabar nak lafaz talak! - “Dia cakap menyesal kahwin dengan aku”

Suami perlu lebih memahami dan bertolak ansur dengan isteri. -Gambar hiasan AI

PERASAAN sedih dan kecewa diluahkan seorang wanita selepas mendakwa dia dipinggirkan suami tercinta ketika masih dalam tempoh berpantang.

Menurut pengadu, semakin hari hubungannya dengan suami kian dingin dan ia benar-benar mengganggu emosinya.

Lebih mengejutkan, si suami didakwa mengajaknya ke mahkamah bagi urusan perceraian selain beberapa kali menyatakan penyesalan kerana berkahwin.

Seorang isteri pastinya penat menguruskan rumahtangga sendirian tanpa bantuan suami. -Gambar hiasan AI

"Sedih apabila layanan suami dekat aku sampai macam ni. Dia yang salah lepas tu 'palau' aku dekat rumah. Buat aku macam tunggul. Minta maaf pun tak ada.

"Dia ajak aku pergi mahkamah untuk bercerai. Dua kali dia cakap menyesal berkahwin dengan aku," ujar wanita itu dalam hantaran di Threads.

Keadaan menjadi lebih perit apabila perkara tersebut berlaku ketika dia masih berpantang dan terpaksa tidur di bilik berasingan, sementara anak dijaga suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ - “Bau dari jauh pun mual”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal minta cerai, cemburu bekas suami bahagia bersama orang baharu... Fikiran toksik muncul, anggap lelaki cepat ‘move on’

"Aku terpaksa berhubung dengan dia melalui WhatsApp sebab dia dah tak nak bercakap dengan aku.

"Dia betul-betul buat aku macam tunggul je. Sudahlah aku tengah berpantang. Terpaksa tidur dekat bilik lain. Anak kami, dia jaga. Aku tak kuat," katanya lagi.

Wanita itu turut mendakwa suaminya pernah berlaku curang ketika dia sedang hamil, selain gemar keluar melepak bersama rakan-rakan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya, terutamanya dalam keadaan masih dalam tempoh berpantang.

  • Isteri pantang dakwa dipinggirkan suami.
  • Suami ajak cerai, kata menyesal kahwin.
  • Terpaksa tidur bilik lain ketika pantang.
  • Dakwa suami pernah curang, kuat melepak.
  • Akui dua-dua ego, dia sering mengalah.

Dalam beberapa balasan kepada netizen, wanita itu mengakui dia juga mempunyai ego, namun mendakwa selama ini dia yang sering mengalah dan cuba berbincang secara baik dengan suami.

"Saya ada membebel dekat dia sebab biarkan saya bersendirian dengan anak-anak dekat rumah. Dia sedap melepak.

"Saya mengaku kami berdua ego. Selama ni saya je mengalah. Saya dah cuba bercakap dengan dia tapi dia buat bodoh (tak endah) nak main telefon je.

"Saya ikutkan saja sampai hal dah jadi semakin besar. Kalau tidak, tak ada la saya makan hati sampai macam ni," jelasnya lagi.

Artikel Lain