suria

Ibarat tunggul di rumah, 5 tahun isteri pendam rasa sunyi! Suami tak suka borak, dengan orang lain terlebih ramah

Seorang suami perlu menjaga hati pasangannya terutama di hadapan khalayak. -Gambar hiasan AI

RUMAH tangga yang dibina atas dasar tanggungjawab semata-mata tanpa adanya komunikasi boleh meninggalkan luka emosi yang mendalam, terutamanya buat seorang isteri.

Demikian situasi dilalui seorang wanita yang meluahkan rasa terkilan terhadap sikap suaminya yang disifatkan baik serta bertanggungjawab namun gagal menghidupkan komunikasi dalam hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri. 

"Aku seorang ibu yang bekerja. Suami aku baik... tolong mandikan anak, tolong basuh dan sidai baju kalau nampak aku sibuk masak atau jaga anak, kemas rumah. 

"Sejak kahwin pun dah tak lepak sangat dengan member. Banyak duduk rumah. Tapi satu masalah yang dah lima tahun aku pendam. Kurang komunikasi," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dingin lepas kahwin, nak ucap ‘birthday’ pun susah... Isteri mula menyesal, kecewa tak dapat perhatian - “Bukan minta berlian pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami penyayang dingin lepas 5 tahun kahwin... Rimas isteri hantar mesej, kalau merajuk sampai ke sudah tak pujuk

Menurut wanita ini, dia yang lazimnya akan memulakan perbualan dengan suami apabila mereka ada bersama-sama namun ia hanya bertahan beberapa minit sebelum lelaki itu dilihat mula hilang minat.

"Ada la dalam lima minit je dia layan borak aku. Lepas tu dia macam boring. Aku cakap, dia balas ummm, aah, je. Rasa macam aku borak sorang pun ada.  

"Dalam bilik langsung tak ada pillow talk. Dia sibuk dengan phone. Aku kadang baring mengadap dia, aku tenung je tengok dia main phone sampai aku tertidur," kongsinya lagi. 

Komunikasi berkesan penting dalam memastikan rumah tangga kekal harmoni. -Gambar hiasan AI

Apa yang melukakan hati, suaminya bertukar karakter menjadi peramah apabila berada di sekeliling keluarga ataupun rakan-rakan.

"Bukan main sampai berjam-jam boleh cerita. Aku cemburu kadang-kadang. Kenapa dengan orang lain dia boleh sembang, gelak ketawa, dengar masalah. 

"Tapi dengan aku... isteri dia, tak pernah nak layan sembang. Aku pernah luahkan dekat dia tapi macam tak ada anjakan paradigma," luahnya lagi.

Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang bercampur, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama hingga keharmonian rumah tangga mereka hampir terjejas.

  • Seorang wanita terkilan dengan sikap suami yang kurang berkomunikasi walaupun bertanggungjawab dan rajin.

  • Masalah sudah dipendam selama lima tahun.

  • Setiap perbualan hanya berlangsung seketika sebelum suami hilang minat dan leka dengan telefon.

  • Suami berubah karakter apabila peramah dengan orang lain berbanding isterinya sendiri.

  • Warga maya berkongsi pengalaman sama dan menyarankan dia dan suami berbincang secara terbuka.

Namun ada yang menyarankan wanita berkenaan supaya tidak berputus asa dan memilih masa sesuai untuk berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini.

"Sama la sis. Suami baik, selalu tolong jaga anak, mandikan anak. Tapi dia tak boleh berpisah dengan telefon dia.

"Ada tapi tak ada. Awak tak keseorangan. Berdoa dan terus berdoa moga Allah bagi sabar.

"Hari tu saya merajuk gila-gila sebab asyik saya je borak, macam syok sendiri pun ada. Sumpah sunyi," demikian antara respons netizen. 

Artikel Lain