suria

“Apa-apa saya update dekat abang” - Wanita tak sedap hati BF bertukar nombor telefon dengan ‘awek’ motosikal rosak

Menjaga perasaan pasangan amat penting untuk membina kepercayaan serta mewujudkan hubungan yang bahagia serta tahan lama. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang terhadap teman lelakinya kerana bertukar nombor telefon dengan penunggang motosikal wanita yang ditemui di sebuah lebuh raya.

Menurut pengadu, hal itu diceritakan sendiri oleh teman lelakinya ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama.

"Pasangan saya ada cerita yang dia tolong seseorang. Dia tolong tunda ke stesen minyak yang terdekat dan buat pemeriksaan dekat motosikal tu.

Pasangan kekasih sepatutnya tahu untuk menjaga batas sekiranya sudah mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang. -Gambar hiasan AI

"Saya ingatkan orang yang dia tolong tu lelaki, rupanya perempuan. Kekasih saya cakap lepas tengok motosikal dia, masih tak boleh dihidupkan.

"Kekasih saya pun hubungi kawan dia yang berdekatan untuk bantu perempuan tu. Tapi bukan rezeki perempuan tu sebab kawan-kawan dia semua jauh," ujarnya.

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya memutuskan untuk beredar selepas dimaklumkan bahawa ada individu lain yang akan datang membantu wanita tersebut.

Namun, apa yang membuatkan pengadu tidak berpuas hati apabila wanita berkenaan meminta untuk bertukar nombor telefon dengan kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak penunggang tersadai tepi highway, tak ada orang tolong! Ada sebab pemuda ini berhenti, bantu tunda motosikal habis minyak

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta rosak, pemandu lain cuma tengok tak bantu! Semua hati kering kecuali abang treler, seorang diri tolong tolak ke tepi

Menurut wanita itu, penunggang motosikal berkenaan memberi alasan supaya mudah memaklumkan keadaan sekiranya berlaku apa-apa.

"Ayat perempuan tu cakap... senang nanti kalau ada apa-apa, saya update dekat abang je. Jadi kekasih saya pun setuju... mereka bertukar nombor telefon.

"Perempuan tu ada mesej kekasih saya untuk update. Dia cakap... nasib ada abang, kalau tak saya dah menangis tepi highway.

"Kekasih saya cerita benda tu dalam situasi tergelak-gelak. Mungkin pada dia, perkara tu lucu. Yang menjadi persoalan sekarang, perlu ke bertukar nombor telefon," luahnya.

  • Wanita itu mengakui dia bangga mempunyai pasangan yang ringan tulang membantu orang dalam kesusahan.
  • Wanita kurang senang teman lelaki tukar nombor dengan wanita lain.
  • Lelaki itu bantu tunda dan periksa motosikal di stesen minyak.
  • Wanita berkenaan minta nombor walaupun ada orang lain nak datang bantu.
  • Pengadu bangga, tapi tetap rasa tak selesa.
  • Netizen anggap pertukaran nombor itu tak perlu.

Namun, dalam masa sama perasaan kurang senang timbul apabila memikirkan tentang pertukaran nombor telefon tersebut.

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan berhubung situasi berkenaan sebagaimana diharapkan.

"Perempuan ni tak boleh tengok lelaki caring sikit, mula nak perasan. Dia tak kira lelaki tu dah ada teman wanita atau tidak.

"Normal kot kalau perempuan tu tak tahu dia dah ada teman wanita, mesti la cuba nasib. Kalau tahu tapi minta nombor, barulah pelik.

"Dah kata ada kawan boleh tolong, tak perlu pun tukar nombor. Ambil telefon pasangan dan sekat nombor perempuan tu," demikian komen-komen beberapa netizen.

Artikel Lain