KEWUJUDAN kandungan tidak bermoral yang dikongsikan secara terbuka di media sosial mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.Perkara itu didedahkan seorang wanita yang terkejut selepas menemui perkongsian melampau dalam sebuah kumpulan Facebook, termasuk cerita berkaitan pengalaman hubungan intim. Lebih mengejutkan, kumpulan itu secara terbuka berkongsi perbuatan terlarang sesama ahli keluarga.Berdua-duaan bukan sahaja boleh mendatangkan fitnah tetapi boleh mengakibatkan berlaku zina. -Gambar hiasan AI"Bertapa jahilnya manusia zaman sekarang, Allah... takut tengok grup macam ni, yang suami cerita pengalaman dengan isteri atas katil dan yang janda sibuk cerita pernah terlanjur dengan anak lelaki sendiri," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian seorang individu yang mendakwa menonton satu klip podcast memaparkan pengakuan seorang lelaki mengenai pengalaman hitam bersama ibunya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi ditemukan di belakang rumah... Kegiatan sumbang mahram remaja 16 tahun, adik lelaki terbongkarARTIKEL BERKAITAN: Individu bongkar perangai kaki ‘hiking’, bukan mahram bebas tidur kongsi khemah... Melenting apabila ditegur bersekedudukan!Podcast tersebut dikatakan menyembunyikan identiti individu terbabit dengan mengaburkan wajah serta mengubah suara."Dia cerita selalu terlanjur dengan mak dia. Masa dia kecil, mak datang bilik dia buat benda bukan-bukan."Mula-mula dia pelik. Tapi bila dah selalu buat sampai la dah besar dia sendiri yang pergi bilik mak dia. "Satu malam tu dia buat la benda tu dengan mak dia. Lepas tu dia tidur, esok pagi dia masuk bilik mak dia meninggal dunia," katanya.Kandungan tidak bermoral dalam kumpulan Facebook cetus kebimbangan masyarakat.Wanita terkejut temui perkongsian hubungan terlarang secara terbuka.Dakwaan pengakuan lelaki dalam podcast undang perhatian netizen.Isu tersebut dikecam kerana menjejaskan nilai kekeluargaan.Hantaran berkaitan didapati sudah dipadam.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurutnya, insiden itu memberi kesan trauma mendalam kepada lelaki tersebut dan dia sering berdoa memohon keampunan atas kesalahan lalu.Di dalam Islam sumbang mahram merupakan perbuatan terkutuk dan dilaknat oleh Allah dan perbuatan itu diumpamakan seperti haruan makan anak.Ia adalah perlakuan tidak berakhlak dan mengundang kerosakan terhadap masa depan individu dan seterusnya merosakkan institusi keluarga serta masyarakat. Sementara itu, semakan mStar dikumpulan komuniti terbabit mendapati hantaran perbincangan berkenaan telah dipadam.