SEORANG wanita meraih perhatian selepas berkongsi tentang hidupnya yang berubah 360 darjah selepas dia dikurniakan anak istimewa.Dalam hantaran di X, wanita itu berkata dia terpaksa berhenti kerja demi menjaga anaknya dan kini bergantung dengan pendapatan suaminya sahaja. "Kewangan kami stabil, makan gaji. Dulu boleh travel oversea, makan sedap dan ada simpanan. Dulu gaji saya tinggi daripada suami. Saya tak kedekut, sanggup 50-50 dengan suami.Anak istimewa memerlukan penjagaan lebih berbanding kanak-kanak normal. -Gambar hiasan AI"Berpusing hidup kami selepas dianugerahkan anak istimewa. Saya terpaksa berhenti kerja. Anak kena pergi terapi dan hospital. Terapi sangat mahal ya."Disebabkan suami solo income dan gaji dia tak cukup, saya bayar kos terapi guna saving sendiri. Sekarang cashflow pun dan negatif dan simpanan kosong," luahnya.Lebih menyedihkan, wanita itu berkata dia kesal dengan sikap suaminya yang seolah-olah tidak berusaha untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik.Wanita dedah hidupnya berubah selepas dikurniakan anak istimewa.Dia terpaksa berhenti kerja dan hanya mengharapkan gaji suami.Wanita itu sedih suaminya tidak berusaha mencari kerja lain.Netizen beri cadangan supaya wanita itu kembali bekerja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Suami masih tak cari kerja baru, dia masih kerja lama yang dah lama tiada kenaikan gaji dan bonus. Dia terlalu selesa. "Saya bagi kata-kata semangat untuk dia cari kerja gaji besar sikit demi anak. Tapi dah setahun lebih, sama je. Kalau push sikit, dia rasa dipaksa."Tapi masih tiada tindakan. Tak rasa nak buat kerja lebih masa atau jana pendapatan sampingan. Sekarang kami makan ikat perut. Saya sedih," kongsinya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Bengang tengok sikap bapa bebal, gigih rakam anak di kantin sampai tumpah makanan murid lain - "Tak ganti pun nasi budak tu"ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar ke sekolah agama, anak dedah sikap keji bapa! Popular sebab alim, sebenarnya kaki porno - "Dia tak bagi aku keluar maahad"Dalam hantaran sama, wanita itu berkata suaminya mungkin bersikap sedemikian kerana terlalu selesa dengan sikapnya yang tidak pernah berkira sejak awal perkahwinan mereka."Dulu saya tolong bayar rumah, barang dapur. Kiranya 50-50 dengan suami. Barang macam baju dan mekap pun beli sendiri. Mungkin salah saya juga sebab jadi enabler dulu. "Tapi dia masih tunai tanggungjawab bayar bil, susu, rumah dan sebagainya. Cuma tak cukup. Kenapa dia tak ada usaha untuk cari duit lebih untuk keluarga?" tulisnya lagi.Di ruangan komen, netizen memberi nasihat kepada wanita itu agar tidak meletakkan kesalahan atas bahu suaminya kerana bukan mudah untuk seseorang mencari pekerjaan dengan gaji lumayan."Tak mudah cari kerja gaji tinggi. Kalau suami tak boleh, jangan push dia. Mungkin awak pun kena kembali bekerja. Anak pula suruh orang jaga."Isunya kadang suami dah cari kerja lain, tapi tak dapat. Ekonomi sekarang ni nak buang orang lebih banyak daripada nak hire orang," tulis netizen pula.