suria

Bengang tengok sikap bapa bebal, gigih rakam anak di kantin sampai tumpah makanan murid lain - "Tak ganti pun nasi budak tu"

Ramai ibu bapa teruja menghantar anak pada hari pertama sesi akademik 2026. -Gambar hiasan AI

HARI pertama sesi akademik 2026 yang bermula pada Isnin menyaksikan keterujaan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Di Thread, seorang wanita memberi teguran kepada segelintir ibu bapa murid darjah satu yang dilihat bersikap berlebih-lebihan menunjukkan keterujaan sehingga mengganggu warga sekolah.

"Mak ayah anak darjah satu, tolonglah ada 'common sense' sikit. Cikgu dah bagi kelonggaran boleh tunggu anak kat sekolah.

Ibu bapa membuat rakaman video untuk disimpan sebagai kenangan dan dikongsi di media sosial. -Gambar hiasan AI

"Ni kau sibuk selfie dengan anak kau, sampai mengganggu budak-budak lain," tulisnya.

Menurut wanita itu, dia juga melihat seorang bapa yang terlebih teruja membuat rakaman video sehingga menumpahkan makanan murid lain.

"Aku nampak seorang bapa bodoh, dia kalut letak telefon depan anak. Dia nak rakam anak dia makan sampai terkena makanan budak lain.

  • Wanita bengang sikap segelintir ibu bapa yang menghantar murid darjah satu ke sekolah.
  • Dia mendakwa segelintir ibu bapa sibuk membuat rakaman video dan foto di kawasan sekolah.
  • Makanan seorang murid tumpah di kantin gara-gara seorang lelaki sibuk merakam video anaknya.
  • Netizen kata kebanyakan sekolah tak benarkan ibu bapa masuk sehingga ke bilik darjah atau kantin.

"Habis tumpah nasi lemak budak tu. Lepas tu sengih-sengih cakap sorry dan berlalu pergi. Tak ganti pun nasi budak tu. Bebal betul.

"Dia ingat kantin tu kedai makan gamaknya. Dah bagi kelonggaran, jadi macam ni pula," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai ibu dan bapa meluahkan rasa geram membaca perkongsian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tahun 1 hilang, tak muncul di pagar lepas waktu sekolah... Kelam-kabut cari dalam kelas tapi tak jumpa!

ARTIKEL BERKAITAN: Runsing anak tak kuasai 3M nak masuk Tahun 1, cikgu tuisyen pula tarik diri... Ibu kritik sikap guru, sistem persekolahan masa kini

"Sekolah anak saya, mak ayah tak dibenarkan masuk ke sekolah. Boleh hantar sampai pagar je.

"Sekolah mana yang bagi masuk tu? Mak ayah kalau masuk, macam ni la jadinya.

"Ada yang jenis bebal nak duduk makan dengan anak. Murid lain tak ada tempat duduk," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain