SESI baharu persekolahan baru sahaja dibuka dan ibu bapa pastinya menjadi golongan paling sibuk kerana perlu menguruskan anak masing-masing.Media sosial turut meriah dengan perkongsian ibu bapa mengenai persiapan sekolah, pengalaman pertama mendaftar anak dan sebagainya. Namun, hantaran seorang wanita menjelang sesi baharu persekolahan mencuri perhatian apabila dia berkongsi hasrat mendapatkan sepasang kasut sekolah berjenama untuk anaknya yang bakal memasuki darjah 5.Perkongsian wanita berkenaan yang menjadi tular di media sosial. Dalam perkongsian di sebuah grup Facebook, wanita itu memohon belas ihsan warga maya untuk membantu menempah kasut tersebut demi merealisasikan kehendak anaknya."Assalam... Boleh tak saya nak minta tolong dalam group ni. Yang baik hati tolong orderkan kasut sekolah jenama Skechers untuk anak saya."Katanya dia teringin sangat nak pakai kasut mahal sebab tengok kawan-kawan beli," tulisnya dalam hantaran berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: "Patutnya percuma saja" - Wanita 'berhujah' minta kerajaan taja buku semua murid... Simpati nasib B40, ibu bapa ramai anakARTIKEL BERKAITAN: Sebak lihat ibu batal beli buku sekolah anak sebab tak cukup duit, suami isteri sanggup bantu bayar lebih RM500Wanita tersebut turut memuat naik gambar kasut sekolah yang berharga RM89.10 itu seperti mana dipaparkan di sebuah laman e-dagang.Dalam hantarannya juga, wanita berkenaan berkata dia sekadar mencuba nasib di laman sosial, berharap sekiranya ada insan baik hati yang sudi memenuhi keinginan anaknya.Seorang wanita minta warga maya belikan kasut sekolah berjenama Skechers untuk anaknya darjah 5.Wanita itu sekadar mencuba nasib dan memohon belas ihsan, memuat naik gambar kasut berharga RM89.10.Permintaan tersebut mencetuskan kecaman netizen kerana dianggap mengemis simpati menggunakan anak.Ramai menegur wanita itu terlalu mengikut kehendak anak, sedangkan ada alternatif lebih mampu milik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Sekolah dah tak lama lagi nak buka. Saya cuba ikhtiar je dekat dalam ni. Kot ada yang sudi membantu," akhirinya.Perkongsian wanita berkenaan ternyata mengundang kecaman warga maya.Bagi mereka, wanita tersebut tidak wajar menggunakan anak sebagai alasan untuk mengemis simpati ramai di laman sosial bagi mendapatkan sesuatu dengan mudah.Reaksi sebahagian netizen yang mengecam wanita berkenaan.Tidak kurang juga ada yang menegur wanita itu kerana dianggap terlalu mengikut kehendak anak sedangkan banyak alternatif mampu milik yang lebih praktikal dan realistik."Ini meminta makian sangat. Aku pun tak beli Skechers dekat anak-anak aku, nak beli dekat anak kau pula? Ajarlah anak tu bersyukur."Orang lain semua bekerja untuk menampung keperluan hidup, tapi ada segelintir yang tak sedar diri suka meminta-minta," demikian antara komen netizen.