MERAPIKAN dan membuang bulu di bahagian kemaluan bukan sahaja bertujuan menjaga kebersihan, malah merupakan antara amalan yang dituntut dalam Islam.Di laman X, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas mempertikaikan tindakan suaminya yang mencukur bersih (clean shave) bulu kemaluan secara tiba-tiba. Menurutnya, dia curiga dengan tindakan itu dan mula membuat andaian yang suaminya mungkin menjalin hubungan terlarang dengan wanita lain.Ada individu sanggup berlaku curang dan menduakan pasangan. -Gambar hiasan AI"Malam tadi, laki aku clean shave. Dia cukur bahagian 'bawah' dia tu. Aku tanya, kenapa dia clean shave? Dia cakap tak nak simpan bulu banyak dan lama-lama."Aku dah mula overthinking. Aku periksa telefon dia. Tapi tiada apa-apa syak wasangka. Harap tak ada apa-apa la. Nak ajak bersama pun aku datang bulan."Macam mana nak tahu kalau laki kita ada buat hubungan seks dengan wanita lain?" tulis wanita itu.Wanita bimbang lihat suami cukur bulu kemaluan secara tiba-tiba.Dia mula curiga dan membuat andaian yang suaminya curang.Si isteri memeriksa telefon suami untuk mencari bukti kecurangannya tapi tiada apa ditemui.Ramai netizen tegur wanita itu agar tidak buruk sangka dengan suami.Ringkasan ini dijana oleh AIMenjengah ke ruangan komen, ramai pelayar X menyelar wanita itu kerana tergamak berprasangka buruk terhadap suaminya sendiri."Sikit-sikit kata curang. Kamu sendiri pernah ke clean shave sebelum curang?"Awak nak kata suami awak pengotor ke? Jadi dia hanya shave bila nak bersama je?ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami ditangkap khalwat sehari sebelum nikah, wanita tebal muka teruskan majlis tanpa pengantin! Terpaksa 'tipu' tetamuARTIKEL BERKAITAN: Hidup tak bahagia, penyondol menyesal kahwin laki orang... Lagi 'parah' suami perlekeh niat cerai sebab tak daftar nikah"Tak bahagia ada isteri macam kau ni. Cukur bulu pun overthink. Bosanlah," tulis beberapa pelayar X.Sebagai peringatan, hukum menyimpan bulu kemaluan dan bulu ketiak dalam tempoh yang begitu lama sehingga melebihi 40 hari adalah makruh. Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjaga kebersihan badan melalui perbuatan mencukur kedua-dua bulu tersebut.