suria

Bakal suami ditangkap khalwat sehari sebelum nikah, wanita tebal muka teruskan majlis tanpa pengantin! Terpaksa 'tipu' tetamu

Atas sebab tertentu, ada pengantin terpaksa batalkan perkahwinan walau sudah buat persiapan. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN untuk membatalkan pernikahan dalam tempoh kurang 24 jam sebelum malis berlangsung bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun, seorang wanita berkata dia terpaksa membuat keputusan itu kerana bakal suaminya melakukan satu kesalahan besar sehari sebelum akad nikah dijadualkan.

"Bekas tunang saya kena tangkap basah malam sebelum kami akad nikah. Jadi saya beritahu dia supaya tak payah datang. Saya hubungi tok kadi, maklumkan tak jadi kahwin.

Majlis perkahwinan biasanya menelan belanja besar. -Gambar hiasan AI

"Tapi majlis diteruskan. DJ pasang lagu-lagu santai, tak dibenarkan lagu cinta. Saya beritahu semua tetamu yang pengantin lelaki tak nak kahwin dengan saya," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia bersyukur kerana beberapa pihak sudi memulangkan semula wang miliknya selepas majlis perkahwinan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, dapat full refund daripada photographer. Baju kahwin dapat 50 peratus refund. Gubahan hantaran dapat 40 peratus je.

  • Wanita dedah kisah bekas tunangnya ditangkap khalwat.
  • Kejadian berlaku kurang 24 jam sebelum mereka akad nikah.
  • Dia memilih untuk membatalkan perkahwinan, namun kenduri tetap diteruskan.
  • Dia bersyukur hubungan itu terlerai sebelum mereka sempat menjadi suami isteri.

"Saya ada sekejap saja masa majlis tu. Kemudian saya jalan-jalan ke mall, tengok wayang dan tenangkan diri. Malam pukul 10 baru saya balik.

"Duit hasil refund tu pula saya tak tahu pergi mana. Sampai hari ni pelik. Hilang duit RM3,000 tu. Macam tak pernah dapat duit tu," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tunang ditangkap khalwat di rumah, ambil kesempatan berasmara ketika ibu balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Enak diulit mimpi dalam khemah, duda dicekup khalwat bersama anak dara - “Mereka hanya berendut”

Dalam hantaran sama, wanita itu berkata dia sebenarnya bersyukur dan menganggap peristiwa hitam itu adalah 'penyelamat' sehingga dia mendapat kekuatan untuk lari daripada bekas tunangnya.

"Bekas tunang saya tu sebenarnya abusive. Sejujurnya saya lega tak jadi kawhin. Sebelum tu pun dah banyak kali saya minta putus. Pernah kena pukul juga," kongsinya lagi.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia