suria

Hidup tak bahagia, penyondol menyesal kahwin laki orang... Lagi 'parah' suami perlekeh niat cerai sebab tak daftar nikah

Lumrah bagi wanita bermadu kerana terpaksa berkorban hati dan perasaan . -Gambar hiasan AI

TIDAK semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan seperti yang diimpikan, terutama apabila keputusan dibuat tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap diri sendiri dan anak-anak.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kesal berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang, yang disifatkannya sebagai satu kesilapan besar.

"Aku ni dulu beria nak kahwin suami orang. Ni bila aku dah beranak pinak, suami jarang balik. Hal anak-anak aku uruskan sendiri," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak tahan tengok kakak jadi ‘penyondol’, hanyut dalam cinta suami orang - “Saya cari isteri lelaki tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya saya penyondol, benda dah jadi” - Gadis 19 tahun mengaku kacau rumah tangga orang, anggap ujian Allah

Keadaan itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk memohon perceraian. 

Namun, tindak balas suaminya hanya menambah beban emosi yang ditanggung.

Bukan mudah wanita terpaksa menguruskan anak-anak tanpa bantuan suami. -Gambar hiasan AI

"Bila aku beritahu suami nak bercerai, suami cabar aku... Cakap pergilah mengadu dekat pejabat agama, tengok siapa je nak layan," luahnya.

Apa yang lebih membimbangkan wanita ini, perkahwinan mereka didakwa tidak didaftarkan secara sah, sekali gus menyebabkan dia buntu tanpa mengetahui saluran yang boleh membantunya mencari penyelesaian kepada masalah ini.  

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan kisah itu sebagai peringatan buat wanita lain agar lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan berkahwin, terutama melibatkan lelaki yang sudah berkeluarga dan perkahwinan tidak berdaftar.

  • Seorang wanita menyesal berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

  • Selepas mempunyai anak, suami jarang pulang dan dia menguruskan anak-anak sendirian.

  • Wanita itu mahu bercerai tetapi suami mempersendakan niatnya.

  • Perkahwinan mereka tidak didaftarkan secara sah, menyebabkan wanita ini buntu dan tertekan.

  • Netizen memberi pelbagai reaksi, ada yang simpati dan ada juga mengecamnya.

Namun tidak kurang juga yang mengecam wanita tersebut dan menyifatkan apa yang dilaluinya sebagai kifarah kepada tindakan menjadi perosak rumah tangga wanita lain. 

"Inilah orang kata sedap-sedap dulu sakit-sakit kemudian. Padan muka.

"Awak penyondol. Tapi dah kahwin. Pergilah daftar. Tak kesian ke dekat anak-anak?

"Macam mana boleh percaya dengan lelaki yang tak nak daftar perkahwinan ni? Hujung-hujung awak dengan anak yang akan sengsara," antara komen netizen.

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia