Usia senja sepatutnya diisi dengan kebahagiaan dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang. -Gambar hiasan AI
DALAM meniti usia emas, rata-rata pasangan mengimpikan kehidupan yang lebih tenang selepas anak-anak dewasa dan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Fasa ini lazimnya dimanfaatkan untuk menumpukan masa kepada diri sendiri, memperbanyakkan ibadah, menghabiskan masa bersama anak cucu dan sebagainya. Namun tidak semua memilih jalan sama, sebagaimana kisah dikongsikan wanita ini mengenai pasangan suami isteri yang dikenalinya."Ada suami isteri ni dah berumur, anak-anak semua dah kerja bagus. Maksudnya waktu untuk diri sendiri, beribadah dan lain-lain."Tapi sekali tu kantoi si suami tu kahwin lain dengan budak 20-an. Kantoi sebab isteri kedua tu bersalin. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas staf hidup bahagia lepas curi lebih 70K, majikan doa dapat kifarah! Takkan puas walau bayar balik - "Saya sangat perlu duit tu"ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?""Mula-mula si isteri tu macam sedihlah, memang down. Tapi tak lama pun, anak-anak dia bagus. Bawa pergi umrah, bawa jalan-jalan overseas... memang enjoy life to the fullest," tulisnya dalam satu hantaran di Threads. Ketika isteri pertama kembali bersemangat dan menjalani kehidupan bahagia bersama anak-anak, berbeza pula situasi yang dilalui suaminya.Pengkhianatan akan meninggalkan trauma berpanjangan buat pasangan. -Gambar hiasan"Si suami kena berjaga malam jaga baby. Bayangkan umur 70-an nak jaga baby macam mana. Kalau tak jaga nanti bini muda marah pula."Jadi bila giliran dia balik rumah bini tua memang tidur je la. Penat jaga baby. Kawan-kawan semua cakap dia bodoh, patutnya tua-tua ni boleh dah fokus dekat diri sendiri tapi kena start balik dari mula. "Nak ikut anak-anak jalan, bini muda bising. Akhirnya tersekat selama-lamanyalah. Itulah orang cakap, tak ada kerja, cari kerja," tambahnya lagi.Seorang individu berkongsi kisah suami isteri warga emas yang sepatutnya menikmati hidup tenang.Si suami berkahwin lain dengan wanita 20-an dan rahsia terbongkar selepas isteri muda bersalin.Isteri pertama pada mulanya marah, namun bangkit dan menikmati hidup bersama anak-anak.Si suami tertekan menjaga bayi pada usia lanjut dan berdepan isteri muda yang cemburu.Netizen menganggap ia kifarah atas pengkhianatan terhadap isteri pertama.Ringkasan ini dijana oleh AILebih memeningkan kepala si suami, isteri mudanya juga cemburu dan 'merengek' meminta dia menunaikan apa yang dinikmati madunya. "Isteri kedua cemburu sebab isteri tua dapat macam-macam, emas, beg tangan, jalan-jalan. Tapi itu anak-anaknya yang beri, takkan anak-anak kena belanja mak tiri pula?"Lepas tu dia merentan nak berjalan-jalan ke luar negara juga. Nak jalan macam mana dik? Suami dah tua… dengan jaga baby lagi," tulisnya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya namun rata-ratanya menyifatkan ia adalah kifarah untuk si suami kerana mengkhianati isteri pertama."Puas baca. Tak ada penyakit, cari penyakit. Seronok kejap je."Isteri kedua tu tak layak langsung nak cemburu… kau siapa nak cemburu?"Bila tua bangka tak sedar diri. Padan muka dia," antara komen netizen.