suria

Anak masuk ICU, seorang lagi batuk gara-gara asap! Jiran kuat merokok naik angin bila ditegur

Merokok sehingga asap mengganggu rumah orang lain menunjukkan sikap tidak prihatin terhadap keadaan sekeliling. -Gambar hiasan AI

SIKAP bertolak ansur serta peka terhadap keadaan sekeliling seharusnya menjadi asas dalam kehidupan berjiran.

Namun, realitinya tidak semua pihak mempunyai 'common sense' sehingga menimbulkan konflik sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai jirannya.

Menurut perkongsian wanita tersebut, segala-galanya bermula selepas anaknya dimasukkan ke wad akibat masalah kesihatan. 

Asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah pernafasan, batuk dan penyakit serius. Asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah pernafasan, batuk dan penyakit serius. -Gambar hiasan

Susulan itu, dia menegur jiran yang sering merokok di dalam rumah kerana bau asap rokok memasuki kediamannya, lebih-lebih lagi rumah sewa mereka jenis papan dengan kedudukan agak rapat. 

"Bau masuk dalam rumah kitaorang kuat tau. Mind you, ini rumah sewa. Lagi pula rumah rapat dan rumah kayu. Memang lagi kuat la masuk bau," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Bagaimanapun, teguran itu tidak diterima dengan baik apabila jiran berkenaan melenting dan memberi respons defensif.

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran sempat ambil gambar hisap vape di lif, murid ketakutan foto disebar ke grup penduduk - "Dia hembus dekat aku"

ARTIKEL BERKAITAN: Geram dapat jiran suka merokok di balkoni, bau asap melekat di pakaian! Tegur baik-baik tapi tak ‘jalan’

"Lepas tu dia cakap macam ni, habis tu aku nak merokok dekat mana? Aku cakap la, pandai la fikir. Anak aku seorang dah masuk ICU, yang seorang lagi dah batuk.

"Lepas tu korang tahu dia jawab apa? Itu anak kau. Anak aku okay je. Sedangkan anak nombor dua dia ada asma dan memang tengah batuk teruk berkahak. 

"Anak sendiri batuk pun tak tahu. Kesian anak kau dapat bapa macam kau. Kesian anak sebab tak dapat pilih siapa bapa dia," tulisnya lagi.

  • Seorang wanita menegur jirannya yang merokok kerana asap masuk ke rumahnya.

  • Anaknya dimasukkan ke wad akibat masalah kesihatan dan batuk teruk.

  • Rumah sewa jenis kayu dan rapat menyebabkan bau rokok mudah merebak.

  • Jiran bertindak defensif dan tidak menerima teguran dengan baik.

  • Wanita itu mencari rumah sewa lain demi kesihatan anak-anaknya.

Tambah wanita itu lagi, sewajarnya dalam keadaan tersebut, jirannya perlu menerima teguran dengan berlapang dada apatah lagi melibatkan nyawa.

"Kalau rumah tu dia beli boleh la lagi nak rasa entitled sangat duduk situ," ujarnya sambil menambah, dia kini sedang mencari rumah sewa lain demi kesihatan anak-anaknya.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan rasa simpati terhadap wanita berkenaan serta mengecam sikap jiran terbabit yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan kurang prihatin.

Sebahagian daripada reaksi netizen.

Malah mereka menyokong tindakan wanita berkenaan yang berani menegur demi kebaikan biarpun tidak mendapat respons yang diharapkan.

"Orang merokok memang *** perangainya. Tegur ke saman ke… memang mereka tetap macam tu.

"Selagi bukan dia yang duduk hospital, angkuhnya tak hilang.

"Macam jiran sebelah sayalah. Dekat tandas bau rokok. Nak buka tingkap depan pun pun merokok juga," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain

[V] Isma Aliff meninggal dunia