suria

Jiran sempat ambil gambar hisap vape di lif, murid ketakutan foto disebar ke grup penduduk - "Dia hembus dekat aku"

Masyarakat perlu berganding bahu dalam menangani gejala sosial melibatkan kanak-kanak dan remaja. -Gambar hiasan

SEGELINTIR pelajar sekolah nampaknya langsung tidak gentar apabila secara terbuka menghembus asap rokok di hadapan orang ramai.

Di Thread, seorang wanita meraih pujian netizen selepas menegur seorang pelajar sekolah yang sedang menghisap vape.

"Pagi ni masa baru keluar lif, bertembung dengan budak sekolah. Baju sukan macam sekolah rendah. 

Pic for story on vape. AZMAN GHANI / The Star

Akses yang mudah menyebabkan vape turut menjadi 'kegilaan' kanak-kanak dan remaja. -Gambar hiasan

"Elok tengah sedut vape, dia hembus dekat aku. Aku pun tanya dia darjah berapa? Aku tanya mak bapa tahu ke tidak dia hisap vape?

"Aku kata nak ambil gambar dia dan hantar ke grup penduduk, biar bapa dia cari. Aku ambil gambar, terus dia kata 'jangan'.

"Dia campak vape kat dinding sampai pecah. Habislah dia, terus aku blah," tulis wanita itu.

  • Wanita kongsi cerita terserempak dengan budak sekolah rendah hisap vape.
  • Dia menegur kanak-kanak itu dan mengugut mahu mengambil gambarnya.
  • Kanak-kanak itu ketakutan sehingga melemparkan vape ke dinding.
  • Ramai netizen puji wanita itu dalam membanteras gejala tidak sihat di kawasan rumahnya.

Di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan tindakan wanita itu yang berjaya 'menakutkan' murid berkenaan.

Malah kata netizen, masalah sosial remaja boleh dibanteras jika semua anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing.

"Sebenarnya bagus ada yang prihatin macam ni. Saya pun pesan pada jiran. Kalau nampak anak buat begitu begini, marahkan saja. Kalau nak rotan, jangan sampai cedera patah riuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah berhenti merokok, tapi mulut 'melekat' dengan vape... Wanita baru bersalin mahu cerai, risau kesihatan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi vape tonjol semangat ‘brotherhood’, lelaki dijangkiti herpes daripada rakan

"It takes a village to raise a child. Kamu orang yang baik. Terima kasih.

"Buat lagi. Lebih afdal jika buat sampai depan pintu rumah. Biar mak ayah dia tahu.

"Kita perlukan lebih ramai makcik-makcik macam ni," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain