KEBANYAKAN pasangan biasanya berpisah kerana isu besar seperti kecurangan, keganasan rumah tangga atau masalah kewangan.
Namun di Threads, seorang wanita menyuarakan hasrat untuk bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat merokok suaminya.
Katanya, dia dan suami sering bergaduh tentang hal itu, lebih-lebih lagi selepas mereka menimang cahaya mata.

Pelbagai jenis rokok elektronik yang tersedia di pasaran. -Gambar hiasan
"Valid tak alasan nak cerai sebab suami masih hisap vape? Dulu suami saya ni merokok dan hisap vape.
"Tapi sejak kami dah menimang cahaya mata, dia berhenti merokok. Tapi vape susah sangat dia nak berhenti," ujarnya.
Menurut wanita itu, dia semakin geram apabila suaminya tidak menghiraukan kesihatan bayi mereka dan menghisap vape ketika memandu.
- Seorang wanita mahu bercerai kerana tidak tahan dengan tabiat suaminya yang menghisap vape.
- Dia berkata suaminya sudah berhenti merokok, namun masih ketagih dengan vape.
- Dia mendakwa sering bergaduh mengenai isu itu, lebih-lebih lagi selepas kelahiran anak mereka.
- Suaminya tetap menghisap vape ketika memandu, walaupun anaknya ada di dalam kereta.
- Dia sudah penat menegur kerana ia akan berakhir dengan pertengkaran.
Tambahnya lagi, dia juga sudah penat untuk memberi teguran kerana ia akan membawa kepada pertengkaran antara mereka.
"Yang buat saya marah, dia vape masa memandu. Saya dengan bayi di kerusi belakang. Ya, sudah tentu dia buka tingkap.
"Tapi asap tu masih ada sikit dalam kereta. Dah penat tegur dan akhirnya bergaduh tentang isu ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Perokok insaf lepas 26 hari bertarung sakit dalam wad, saksi budak muda mati akibat vape - “Luaran arwah nampak biasa je”
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terketar-ketar macam 'zombi' lepas hisap vape, pakwe ketakutan hanya mampu rakam kejadian
"Demi kesihatan dan masa depan anak, okay je kan saya failkan cerai sebab benda ni?" tulisnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang terhadap sikap suami wanita itu.
Namun, ramai juga yang menghalang hasrat wanita itu untuk bercerai dan meminta dia mencari solusi lain.

Bukan mudah untuk seseorang berhenti merokok. -Gambar hiasan
"Cerai tu pilihan terakhir. Benda boleh bincang. Bagi masa dan ruang untuk dia perlahan-lahan berhenti vape.
"Susah juga ni. Awak kahwin dengan perokok. Tak adil untuk minta dia berubah secepatnya.
"Maaf tapi isu ni terlalu kecil. Vape tu boleh berhenti. Jangan putus asa berdoa," tulis netizen.


