suria

Suami manjakan 3 anak buah, tak berkira wang... Lepas dapat zuriat sendiri kakak beri layanan sebaliknya

Ahli keluarga menjadi tempat bergantung terutamanya ketika seseorang dilanda musibah. -Gambar hiasan

RAMBUT sama hitam, tetapi hati manusia lain-lain.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, seorang wanita berkongsi sikap ipar-duainya yang didakwa berubah seratus peratus sejak dia dan suami dikurniakan cahaya mata selepas lima tahun menanti.

Wanita itu berkata, sepanjang tempoh itu, suami melayan anak-anak buahnya dengan begitu baik malah tidak pernah lokek menghabiskan wang untuk mereka

"Lima tahun tak ada anak, laki aku manjakan anak buah dia. Kebetulan tu je anak buah yang ada, limpahkan kasih sayang sebab mak dia (kakak suami) busy. Bawa berjalan sampai ke Cameron Highlands.

"Belikan baju, mainan, tak sikit pun laki aku minta dekat mak dia. Sampai budak tu daripada seorang, jadi tiga beradik. Tetaplah sama layanan," dia memulakan cerita.

Kebanyakan ibu atau bapa saudara akan memanjakan anak buah masing-masing. -Gambar hiasan

Namun, situasi dikatakan mula berubah setelah pasangan ini dikurniakan zuriat.

Seolah-olah tidak mengenang budi, mentua dan ipar duainya didakwa memperlakukan mereka seperti orang asing.

"End up aku dah ada anak sendiri, orang tak layan anak aku macam tu. Dia (ipar) bawa anak dia jalan, tak apa la tak bawa anak aku.

"Tapi kadang-kadang, dia pandu lalu (drive-thru) kan anak-anak dia kid's meal, anak aku tengok je. Toys anak dia pun sorok dalam bilik. Makanan jajan anak dia punya, simpan. Sumpah aku terasa.

"Laki aku boleh belanja tiga budak, dia nak belanja anak aku yang seorang tu je pun tak boleh. Bukan minta belanja hari-hari pun," ujarnya.

Bukan itu sahaja, apabila pulang ke rumah mentua, makanan untuk kanak-kanak dan permainan akan disorokkan lebih awal sebelum mereka sampai.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar busuk hati, tuduh adik lelaki kena ‘queen control’ gara-gara tak balik raya haji - “Nak kena hadap muka korang je ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mewahkan anak buah, duit raya RM50! Zuriat sendiri salam tiada ‘isi’, bapa bagi alasan sudah bagi belanja sekolah

Disebabkan situasi ini, suaminya dikatakan amat terkesan kerana perkara ini melibatkan ahli keluarganya yang selama ini amat disayangi.

Mereka juga amat simpati mengenangkan nasib anak yang dilayan acuh tidak acuh oleh nenek dan ibu saudara sendiri.

"Saya cuma takut, kalaulah nanti anak dah bijak bertanya. Kenapa nenek layan sana lain dengan dia lain? Apa lah nak jawab."

  • Seorang wanita dedah sikap iparnya yang berubah serta-merta setelah dirinya memiliki cahaya mata.
  • Dikurniakan zuriat setelah lima tahun penantian, suaminya tidak pernah kedekut membelanjakan duit kepada anak buahnya sebelum ini.
  • Malah, suaminya meletakkan sepenuh harapan kepada keluarganya yang dipercayai boleh menghulurkan bantuan ketika susah.
  • Bagaimanapun, setelah disahkan menghidap kemurungan mereka sekeluarga dibuang keluarga.
  • Wanita tersebut meluah kesulitan ekonomi yang dialami sejak mengambil alih tugas suaminya dalam mencari nafkah, dinasihatkan netizen agar mementingkan kebahagiaan keluarga.

Jelas wanita ini lagi, walaupun anak mereka tidak dilayan dengan baik, suami tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap ibu dan adik beradik sehingga sanggup berpindah dekat dengan rumah ibunya.

Namun, ibarat jatuh ditimpa tangga, mereka tiga beranak ibarat dibuang keluarga apabila suami mengalami depresi dan masalah kewangan.

"Sebelum ni gaji laki aku 'sedap'. Kemudian dia kemurungan, zaman jatuh. Laki aku bersungguh ajak pindah dekat dengan rumah mak mertua.

"Sebab katanya family dia supportive, mungkin boleh tolong tengah susah. End up, laki aku kena buang keluarga. Barulah dia sedar.

"Sampai satu tahap, suami cakap, kalau saya mati pun awak bawa mayat saya balik kampung awak tanam sana.

"Saya tak nak diaorang uruskan saya. Awak kena uruskan dari awal sampai akhir. Diaorang nak sibuk-sibuk jaga anak pun awak tak payah bagi bila saya dah tak ada nanti," wanita ini mengimbas semula kata-kata suaminya yang terkilan dengan sikap keluarga.

Antara komen netizen

Wanita ini berkata, dia sekeluarga sekarang berasa amat tertekan dengan kehidupan di rumah baharu berdekatan tempat tinggal mentua dan ipar.

Katanya, rumah yang dihuni terletak jauh dari bandar dan kurang fasiliti sehinggakan kucing kesayangannya mati kerana tiada klinik veterinar.

Mujurlah keluarganya sendiri mengambil berat tentang dirinya sekeluarga dan sering bertanya khabar.

Bagaimanapun agak mustahil untuk mereka berpindah ke lokasi lama kerana wang deposit sudah dibayar dan sudah banyak dibelanjakan semasa proses berpindah.

"Sejak hari tu, tak ada siapa pun tanya khabar. Semuanya sendiri. Family aku yang jauh yang banyak tanya khabar anak aku.

"Macam tak ada family langsunglah sini, menyesal pindah. Nak pindah balik, deposit rumah tak sampai berapa bulan lagi. Duit pun dah lebur banyak waktu nak pindah," katanya.

 

Artikel Lain