ISU campur tangan mentua atau ipar duai dalam rumah tangga bukanlah perkara baharu.
Adakalanya isu yang kecil sengaja dibesar-besarkan hanya kerana wujudnya rasa tidak puas hati, cemburu, atau salah faham sehingga mengundang konflik dalam keluarga.
Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai kakak iparnya yang melabel dia sebagai 'queen control' hanya kerana sambutan raya Aidiladha lalu diraikan bersama keluarganya.
"Baru tahun ni tak balik raya haji belah suami pun dah kena hembus macam ni. Baru tahun ni.
Tidak salah suami membantu isteri di dapur. -Gambar hiasan
"Betapa toksiknya pemikiran mereka ni. Agaknya kalau mak bapa aku hidup lagi, jadi isu lagi padu dari ni kan?
"Dekat mana yang lebihkan side aku? Dekat mana? Memang nak kena hadap muka korang je ke?" tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih
Wanita tersebut turut berkongsi paparan mesej di aplikasi WhatsApp kiriman kakak iparnya kepada suaminya, yang mengandungi kata-kata berunsur hasutan seolah-olah menyalahkan dia gara-gara tidak pulang berya ke kampung mereka.
Bagaimanapun wanita tersebut bersyukur kerana suaminya bersikap tegas dan tidak termakan dengan kata hasutan kakak sendiri.
Menantu perempuan tak wajib balik ke rumah mentua sekiranya balik akan memudaratkan diri.
NETIZEN
"Setiap raya dan acara keramaian boleh kata memang balik belah dia. Raya keempat atau kelima baru balik ke side adik-beradik saya.
"Ibu bapa saya dah meninggal. Tapi tak bermakna saya tak ada keluarga sendiri," ujarnya.
Tambah wanita tersebut, dia sebelum ini hanya bersabar dan mengambil pendekatan untuk mengalah, namun mesej terbaharu kakak iparnya itu membuatkan dirinya meletup.
"Aku tak ada mak bapa bukan tiket untuk kau pijak-pijak kepala aku dan family aku," tulisnya lagi.
Sebahagian pandangan warga maya terhadap perkongsian tersebut.
Di ruangan komen, warga maya memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut dan menyelar tindakan kakak iparnya yang dianggap tidak matang kerana mencampuri urusan dan hak orang lain.
Bagi mereka, setiap pasangan berhak membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan keluarga atau adik-beradik.
"Ustaz ada cakap, menantu perempuan tak wajib balik ke rumah mentua sekiranya balik akan memudaratkan diri.
"Awak bertenang je... bagus husband you.
"Bangga untuk husband awak, bagus dia back-up awak," komen netizen.