suria

Ibu sokong cikgu ‘tayang’ foto murid tak siap tugasan, anggap cara disiplin anak - “Balik rumah dia kena lagi”

Setiap guru pasti mahu melihat anak didiknya menjadi insan yang berjaya. -Gambar hiasan

KECOH di laman sosial sejak beberapa hari lalu mengenai tindakan seorang guru yang memasukkan gambar para pelajarnya di dalam kumpulan WhatsApp untuk perhatian ibu bapa gara-gara tidak menyiapkan tugasan.

Di tengah-tengah kemarahan segelintir ibu bapa terhadap guru tersebut sehingga bertindak membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA), seorang pelayar tampil menyuarakan pendapat sebaliknya.

Menurut pelayar berkenaan, sebagai ibu kepada pelajar yang pernah dikenakan tindakan sama oleh guru, dia sama sekali tidak mempunyai masalah malah menyokong pendekatan sedemikian sebagai salah satu kaedah untuk mendisiplinkan pelajar.

Ibu bapa perlu membantu guru dengan memantau tugasan yang perlu disiapkan di rumah. -Gambar hiasan

"Tak payah kot nak emosi sampai SisPAA cikgu untuk benda yang remeh macam ni.  Sebagai ibu yang nama anak dia pernah naik dalam group Whatsapp sebab lupa siapkan kerja sekolah, saya sememangnya tidak kisah cikgu buat macam tu.

"Cikgu siap umum juga siapa kena denda sebab tak siap kerja rumah. Sebab budak-budak ni kadang datang malas dia, dia cakap tiada homework

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘rindu’ zaman murid hormat cikgu, terketar takut didenda! Pelajar sekarang naik lemak, selamba tak buat kerja sekolah

"Bagi saya, kamu buat, kamu tanggung. Dia balik, dia kena bebel lagi. Lepas tu, nampaklah lebih disiplin," demikian perkongsian pelayar berkenaan.

Malah ujarnya, ibu bapa wajar berlapang dada dan bersyukur kerana tindakan yang dilakukan menunjukkan sikap ambil berat dan cakna seorang guru terhadap pelajar.

Tambahnya lagi, dengan pendekatan sedemikian juga, ia bertujuan mengingatkan ibu bapa supaya sama-sama mengambil tahu perkembangan akademik anak masing-masing.

Biar tahu malu sikit. Orang lain boleh je siap, kenapa kita tak boleh siap kerja sekolah.

NETIZEN

"Selepas kejadian tu, memang dia check betul-betul kerja sekolah supaya tak terlepas. Macam ni barulah anak-anak disiplin," tulisnya lagi.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan pelayar berkenaan sambil menambah, tidak salah untuk guru mengambil apa jua pendekatan bagi mendisiplinkan pelajar asalkan tidak melampau.

Sebahagian daripada komen netizen yang bersetuju dengan pandangan berkenaan.

"Elok ajar macam ni, nanti dah besar masuk universiti jadi free rider. Lepas tu menyusahkan orang lain.

"Pernah sekali nama anak naik dalam group kelas tak siap kerja. Kami ibu bapa minta maaf pada cikgu bagi pihak anak masing-masing.

"Biar tahu malu sikit. Orang lain boleh je siap, kenapa kita tak boleh siap kerja sekolah," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain