suria

Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih

Lelaki buntu, selepas anak meninggal, ibu pula menyekat dirinya di WhatsApp. -Gambar hiasan

IBU bapa toksik merujuk kepada sikap negatif mereka yang dalam diam mampu mempengaruhi emosi, mental dan perkembangan anak-anak mereka.

Bagi anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang, mereka akan sentiasa menganggap ibu bapa sebagai individu paling selamat untuk mengadu, berlindung dan mengharapkan bantuan.

Namun bagi seorang lelaki, hidupnya cukup menderita apabila mendakwa mempunyai ibu bapa toksik yang tergamak meminggirkan dirinya tanpa sebab walaupun baru kehilangan anak tersayang.

Kebahagian setiap cucu apabila dapat bertemu datuk dan nenek. - Gambar hiasan

Kebanyakan cucu gembira dapat bertemu datuk dan nenek. -Gambar hiasan

"2024 merupakan tahun yang sangat mencabar untuk diri aku dan isteri, kami kehilangan anak tercinta. Isteri lagi teruk sampai kena anxiety disebabkan kerenah mak ayah aku.

"Aku tiada tempat bergantung, tiada tempat mengadu nasib. Ibu bapa tak peduli. Hanya isteri dan keluarga mentua saja tempat aku menumpang kasih," katanya.

Meluahkan rasa sedihnya di media sosial, lelaki itu menceritakan kisah sedih yang perlu dilalui apabila anak perempuannya menghidap kanser dan perlu menjalani 14 kali sesi kemoterapi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak suka menangis tanpa sebab, ibu cuba uji mentua! Sah nenek cubit cucu, mentang-mentang belum pandai cakap

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk cekik cucu sampai mati, naik angin sebab tak dapat duit

Lelaki itu memaklumkan, kaki anaknya perlu dipotong bagi mengelak penyakit itu merebak.

"Ayah sangat marah dengan pembedahan itu, sedangkan pakar beri masa sebulan untuk pertimbangkan keputusan kerana itu kaedah yang terbaik.

"Ibu bapa mana yang nak kaki anaknya dipotong? Demi kesihatan anak, kami sanggup hadapi. Mungkin mak ayah aku malu agaknya dengan keadaan cucu yang tiada kaki kanan," katanya.

Menurut lelaki ini, bapanya adalah individu yang suka menyindir dan sentiasa tidak puas hati dengan apa yang dilakukannya sejak kecil sehinggalah dia berkeluarga.

Ada ramai senasib dengan aku. Jangan jadi ibu bapa toksik kepada anak-anak.

ANAK

Selesai pembedahan, anaknya langsung tidak dipedulikan, apatah lagi datang melawat sebaliknya dia dan isteri yang membawanya melawat datuk dan nenek.

"Aku ajak mereka datang, tapi dapat blue tick ja. Aku tanya adik kenapa mereka tak datang melawat anak aku, jawapannya mak ayah aku takut bawa penyakit.

"Selepas kejadian tu, anak aku masuk wad kerana kesihatan merosot. Doktor minta keluarga terdekat datang tapi mak aku datang, ayah tak, alasannya sakit kepala.

"Bila aku tengok kamera litar tertutup (CCTV) rumah, ngam-ngam dia kat luar rumah tengah bersembang dengan jiran. Sedihnya hati, seminggu kemudian anak aku meninggal dunia," katanya.

Apabila meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh. - Gambar hiasan

Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali sedekah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh. -Gambar hiasan

Lelaki itu berkata, bapanya hanya hadir ke hospital pada hari kematian anaknya dengan segala urusan lain diuruskan keluarga mentua.

"Selepas beberapa hari anak aku meninggal, jiran rapat keluarga aku hubungi tanya kenapa aku tak balik, sebab mak sangat sedih dan bla bla. Aku hairan siapa kehilangan anak ni?

"Seminggu anak aku meninggal, mak sekat aku daripada WhatsApp tanpa alasan. Aku nak telefon pun tak boleh. Semua dia sekat. Aku balik rumah dia dan tanya, dia kata nak elak orang toksik. Siapa toksik?" katanya yang sehingga kini masih disekat oleh ibu sendiri.

Dia berkata luahannya itu bukan untuk mengaibkan ibu bapa tetapi melepaskan segala yang terbuku di hati selama ini.

"Masalah ni terbuku selama 30 tahun lebih dan aku tidak memaki mak ayah aku kat sini. Aku rasa ini tempat sesuai untuk meluahkan dan berkongsi pengajaran buat semua ibu bapa.

"Ada ramai senasib dengan aku. Jangan jadi ibu bapa toksik kepada anak-anak. Seburuk mana pun mereka masih mak ayah aku," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain