suria

KK bukan tempat tunjuk ‘sweet’! Suami teman isteri hamil check-up diminta guna otak, jangan sampai dianggap menyemak

Ramai yang mengeluh dan menyuarakan rasa kurang senang dengan situasi kesesakan di klinik kesihatan. -Gambar hiasan

SALAH satu perkara wajib dilakukan oleh wanita hamil adalah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala atau pemeriksaan antenatal.

Mana-mana wanita pasti gembira apabila suami sudi menemankan mereka ke klinik atau hospital setiap kali melakukan rutin wajib itu setiap bulan.

Namun kadang-kala tanpa disedari ada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai 'common sense' sehingga mengundang rasa kurang senang individu lain.

Ibu hamil perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. -Gambar hiasan

Seorang pelayar tampil membuat teguran di media sosial memandangkan dirinya sendiri pernah berdepan situasi sama.

"Cuma nak beritahu perkara common sense yang patut suami-suami yang sweet follow isteri check-up dekat klinik kesihatan.

"Kalau waktu tengah pack, tolong berikan seat kepada ibu-ibu yang mengandung. Jangan duduk macam tak ada perasaan. Menyemak!" tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mengada nak berkepit, wanita harap KK izin suami masuk teman ‘check-up’ - “Nak sama-sama ambil tahu hal anak”

ARTIKEL BERKAITAN: 3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan... Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah

Tambah pelayar tersebut, tidak salah untuk golongan suami menunjukkan keprihatinan terhadap isteri masing-masing, namun sewajarnya mereka juga menunjukkan sikap peka terhadap situasi sekeliling.

"Kadang-kadang Unit Kesihatan Keluarga (MCH) penuh dengan bapa-bapa yang mithali tapi macam tak ada otak," luahnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang ratusan komen netizen, malah rata-ratanya turut bersetuju dengan tindakan pelayar tersebut menyuarakan teguran agar golongan suami lebih mengutamakan keselesaan dan kebajikan orang lain.

Bagi peluang dekat ibu mengandung, berpantang dan ibu ada anak kecil duduk.

NETIZEN

"Tahulah wife awak-awak tu tengah pregnant. Tak payah nak lovey dovey dekat dalam KK (klinik kesihatan). Duduk bersebelahan sambil berpegang berpimpin tangan.

"Yang bini pun otak hilang juga. Boleh suruh suami duduk tempat lain tapi masih nak menyemak. Dekat KK tu ibu-ibu yang nak menyusu badan anak pun tak selesa. Kita pula kena fikir keadaan sekeliling.

"Ada tu pernah terjumpa ibu dalam pantang baru berapa hari kena tunggu giliran sambil berdiri. Yang bapa-bapa acah sweet ni geram pula menengoknya. Macam tak ada perasaan," demikian antara komen netizen.

komen suami kk

Antara komen netizen terhadap perkongsian pelayar berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan supaya pihak fasiliti kesihatan turut mengambil peranan dengan membuat rondaan atau meletakkan notis untuk memberi 'peringatan mesra' kepada golongan suami.

"Kalau tempat saya, nurse ada mic besar. Kalau tempat duduk dah penuh, nurse suruh peneman tunggu luar.

"Dekat tempat saya, sister (baju biru) akan tegur bapa-bapa ni suruh tunggu dekat luar. Bagi peluang dekat ibu mengandung, berpantang dan ibu ada anak kecil duduk. Diaorang tak nak apa-apa jadi dekat ibu-ibu. Bahaya berdiri lama-lama," komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain