suria

Bukan mengada nak berkepit, wanita harap KK izin suami masuk teman ‘check-up’ - “Nak sama-sama ambil tahu hal anak”

Kebanyakan wanita mengharapkan kehadiran suami semasa pemeriksaan kesihatan. -Gambar hiasan

KESESAKAN yang berlaku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) membuatkan sesetengah badan pengurusan menghalang para suami untuk hadir bersama ketika pemeriksaan dilakukan.

Situasi yang berlaku itu membuatkan golongan wanita berasa kurang selesa kerana sering berhadapan kesukaran terutama mereka yang baru melahirkan anak.

Berhadapan situasi sama, seorang wanita meluahkan ketidakpuasan hati apabila para suami tidak dibenarkan turut serta ketika pemeriksaan dilakukan.

Ingin membetulkan persepsi yang sering berlegar, ujarnya kehadiran suami di Klinik Kesihatan (KK) bukanlah kerana seseorang isteri itu bersikap manja sebaliknya demi menunaikan tanggungjawab bersama.

Hopsital dan klinik sentiasa dipenuhi pelawat. -Gambar hiasan

Hospital dan klinik sentiasa dipenuhi pelawat. -Gambar hiasan

"Klinik Kesihatan tak bagi suami berada sekali untuk pemeriksaan anak. Jururawat pun kalau ayah yang bawa, tetap soalannya 'mana mak'.

"Tak faham, bukannya bawa suami sebab clingy tapi nak sama-sama ambil tahu hal anak dan uruskan anak," ujarnya tegas.

Menurutnya, meskipun perkara tersebut boleh dilakukan di klinik swasta namun ramai yang memilih Klinik Kesihatan kerajaan berikutan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien, terbaik serta terperinci.

Luahannya mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya terutama golongan wanita yang pernah melalui situasi seumpama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkilan anak demam dilayan sambil lewa, doktor panggil ‘budak dua ekor’ - “Ingat aku lahirkan beruk ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan 'check-up' bayi di klinik kesihatan... Si suami selesa duduk di kerusi, tak peduli ramai ibu hamil berdiri sampai kejang perut

"Memang tak sesuai dengan keadaan bilik rawatan yang kecil, kemudian ibu hamil nak baring selam perut. Memang tak selesa kalau dengar ada lelaki dalam bilik yang sama... pernah dia bawa masuk anak, si anak pula main tarik langsir.

"Pada saya boleh je suami ikut tapi tempat duduk tolong utamakan ibu-ibu yang lain. Saya selalu check-up kat Klinik Kesihatan kerajaan, bahagian ibu dan anak memang selalu suami teman duduk kerusi menunggu dan tak hirau para ibu berdiri.

Aku pernah kena sound dengan doktor sebab bawa anak, tak bawa ibu... tapi aku peduli apa.

WARGA MAYA

"Sebagai ayah yang bawa anak pergi periksa, perkara ni betul. Kalau isteri tak dapat cuti, aku bawakan... ada nurse mulut laser tanya aku single father ke," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga, seorang lelaki yang tampil berkongsikan pengalaman apabila dia hadir sendirian ke Klinik Kesihatan mengikut jadual pemeriksaan anak.

Malah dia dianggap sebagai suami misali kerana mengetahui segala perihal tentang tahap kesihatan isteri dan anaknya.

"Aku pernah kena sound dengan doktor sebab bawa anak, tak bawa ibu... tapi aku peduli apa.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi pada luahan wanita ini

Warga maya memberikan pelbagai reaksi pada luahan wanita ini

"Aku memang tak bagi isteri pergi. Aku tanya doktor tu apa yang dia nak tahu dan dia kata nak tahu warna najis anak.

"Aku boleh bagitahu, nak tahu warna susu ibu pun aku boleh... berak berapa kali dan lain-lain aku tahu, luka isteri aku pun aku yang sapu ubat," luahnya berkongsi pengalaman.

Menurut lelaki ini, dia hanya meminta isterinya untuk menyusukan anak kerana urusan berkaitan zuriat mereka adalah tanggungjawabnya.

Tambahan pula dia pernah membawa isterinya bersama semasa pemeriksaan pertama dan kedua di Klinik Kesihatan namun sepanjang tempoh itu wanita terbabit hanya menunggu di luar klinik sahaja.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai yang menyatakan isterinya beruntung kerana memiliki suami yang bertanggungjawab dan penyayang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain