PERNAH terfikir tak ais yang terdapat dalam minuman sejuk bersih atau sebaliknya? Seorang pengguna media sosial membangkitkan persoalan berhubung tahap kebersihan ais khususnya jenis hancur berbanding bentuk kiub. Ais kiub sering digunakan oleh peniaga minuman. -Gambar hiasan "Aku pernah kerja dekat dengan kilang ais. Ais hancur ni dia kiub besar lepas tu ditekan guna mesin untuk dihancurkan. "Pekerja Nepal tu boleh tolak ais besar tu pakai kaki je masuk mesin tu. Ais tu keluar terus ke lantai, tempat lalu lalang sebelum ke mesin hancur tu," katanya. Melihat cara ais hancur dihasilkan, dia kemudian mempersoalkan tindakan pekerja berkenaan yang dianggap mengabaikan aspek kebersihan. ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu rupanya ada beza guna ais hancur dan kiub... Terkejut tengok ‘Abang Kopi’ buat demo, patut minum tak puas! ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nak marah pun tak boleh... Gadis ini hanya mampu ketawa peniaga di Johor hidang teh ais dalam mangkuk besar! "Pekerja jawab dia jual ais tu untuk sejukkan ikan sahaja, kalau untuk minum pakai jenis kiub. Tapi aku tengok orang berniaga minuman banyak beli ais hancur tu sebab murah. "Sepanjang hari aku kerja kat situ ramai yang beli ais hancur ni untuk minuman. Sejak dari hari tu kalau beli air, aku tengok dulu kalau ais hancur automatik aku kembang tekak," katanya. Ais hancur untuk ikan tak jual kat orang luar selain pengusaha ikan. NETIZEN Perkongsian berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial lain dengan ada yang bersetuju dan ada pula berpendapat sebaliknya. "Salah tu, ais hancur yang kilang ais jual tu memang untuk minum la. Ais hancur untuk ikan tak jual kat orang luar selain pengusaha ikan. "Kalau orang luar beli juga tak tahu la tapi rasanya tak," kata seorang warga maya. Dalam pada itu seorang netizen tampil berkongsi pengalamannya yang pernah bekerja di sebelah kilang ais. "Macam betul dia kata. Sebab pernah kerja sebelah kilang ais dulu. Satu kilang tu memang banyak jenis bentuk ais mereka hasilkan. "Ya, ais untuk minum pun situ dan untuk ikan pun satu kilang sama juga," katanya.