suria

[V] Nak marah pun tak boleh... Gadis ini hanya mampu ketawa peniaga di Johor hidang teh ais dalam mangkuk besar!

Foto kiri menunjukkan hidangan teh ais diberikan dalam mangkuk oleh peniaga sebuah kedai makan di Johor.

LAIN tempat lain caranya.

Umum mengetahui bahawa kedai makan di sekitar ibu kota sudah terbiasa dengan menu ‘air dalam mangkuk’ dipesan oleh pelanggan.

Seperti kita sedia maklum bahawa air tersebut tidak akan dihidangkan dalam cawan tetapi disediakan dalam bungkusan ikat tepi lalu dimasukkan ke dalam mangkuk.

Tujuannya, jika tak habis diminum di kedai pelanggan boleh bawa minuman berkenaan bersamanya.

Berbeza pula kisah gadis ini ketika mengunjungi sebuah kedai di Johor apabila pesanan air dalam mangkuk ini bertukar menjadi momen mencuit hati.

Ia berikutan pesanan air yang dibuat ini disalah erti oleh pelayan kedai apabila dia menerima air tersebut di dalam sebuah mangkuk berwarna merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Order lambat sampai, wanita ini berbuka biskut je... Sedekahkan rider nasi goreng ayam, apa berlaku selepas itu memang tak disangka

Rakaman menunjukkan keadaan air yang benar-benar dihidangkan di dalam sebuah mangkuk ini tular di TikTok hingga mengundang pelbagai komen lucu netizen..

“Sebab lama sangat aku tak balik Johor, jadi macam ni eh?

“Aku order teh ais mangkuk tapi dia letak betul-betul dalam mangkuk.

DYziJw6VMAEMZ1W

Rupa sebenar pesanan 'air dalam mangkuk'. -Gambar hiasan

“Aku pening. Jem otak! Bapa aku gelakkan,” ujarnya sambil ketawa.

Menerusi rakaman tular itu, kelihatan gadis ini sedang menemani bapanya menikmati hidangan di sebuah medan selera.

Aku memang takut kedai tak faham... nah kedai ni betul-betul tak faham.

NETIZEN

Pelbagai reaksi warganet dapat dilihat di ruangan komen setelah disiarkan apabila berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.

“Bukan awak dah lama tak mai (datang) Johor... depa (mereka) yang tak mai KL (Kuala Lumpur).

Nightmare become reality. Aku memang takut kedai tak faham. Nah kedai ni betul-betul tak faham.

Komen warganet di TikTok.

“Aku pula dari Johor pindah KL. Pelik air letak dalam bakul kecil yang selalu buat tempat letak tisu,” komen warganet.

Untuk rekod, gerai atau kedai makan di sekitar Lembah Klang sudah memahami tentang pesanan ‘air dalam mangkuk’.

Seharusnya minuman itu dibungkuskan dalam plastik, kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk tetapi tidak sangka pula peniaga buat begini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain