suria

Dah couple 2 tahun nak tunang pun... pemuda dilema terpukau adik GF 3 kali lebih cantik, soalnya handsome ke dia ni?

Luahan dilema seorang lelaki. -gambar hiasan

KECANTIKAN itu hanyalah sementara, namun ia mampu mengubah hati seseorang.

Begitulah ujian dalam perhubungan sehingga menimbulkan perasaan dilema buat si jejaka.

Apa yang merumitkan keadaan, seorang pemuda terpukau dek rupa paras seorang gadis yang lebih cantik daripada kekasihnya.

Menerusi satu luahan, pemuda berkenaan memberitahu, dia menjalin hubungan dengan seorang gadis selama dua tahun.

suka adik gf 1

Perkongsian dilema seorang pemuda.

Malah katanya, dia dan teman wanita (GF) telah membuat keputusan untuk meneruskan fasa seterusnya dengan mengikat tali pertunangan.

"Saya pergi ke rumah dia untuk kenal-kenal mak ayah dan adik-beradik dia. Tapi sesuatu berlaku.

"Saya terpaku sewaktu melihat adik perempuannya. Sumpah cantik gila, maksud saya tiga kali lebih cantik daripada GF saya," demikian luahannya menerusi satu perkongsian di ConfessTweetMY.

Menurut pemuda itu, dia mengakui menyintai kekasihnya tetapi tidak dinafikan adiknya terlalu cantik.

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf, saya dah mula sayang suami akak" - Panas! Pelajar syariah goda suami orang untuk kajian rare, akhirnya jatuh cinta dengan pekerja kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

Kecantikan si adik ternyata membuatkan dirinya 'gila bayang' sehingga tercetus perasaan rindu.

"Saya tak tahu, saya seperti lebih rindu adik dia. Saya tak tahu nak buat apa," tambahnya.

Bagi pemuda berkenaan, perasaan tersebut seperti dirinya bersikap curang tanpa berbuat sebarang langkah.

"Semuanya dalam fikiran saya. Apa yang perlu saya lakukan?" katanya dalam satu luahan.

suka adik gf 3

Pemuda berkenaan menjalin hubungan bersama seorang gadis selama dua tahun. -gambar hiasan

Menerusi ruangan bebenang, dilema yang dihadapi pemuda berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi termasuk mengundang rasa kurang senang.

Ada yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak untuk menjalinkan hubungan.

"Lelaki macam ni tak sesuai dalam perhubungan. Bayangkan berjuta perempuan cantik dekat luar sana. Takkan setiap kali jumpa yang lebih cantik, nak jatuh cinta kot. Kasihan GF nya.

Lelaki macam ni tak sesuai dalam perhubungan. Bayangkan berjuta perempuan cantik dekat luar sana.

NETIZEN

"Nanti jumpa yang lagi cantik dari adik GF hang, hang jatuh cinta dekat orang lain pula. Jenuh kalau pantang tengok cantik je nak jatuh cinta.

"Jangan layan perasaan tu. Akan sentiasa ada perempuan lawa kat dunia ni bukan setakat adik GF kau tu. Tapi tolong hargai yang satu je," demikian antara komen netizen.

suka adik gf 5

Adik teman wanitanya dianggap tiga kali lebih cantik. -gambar hiasan

Dalam pada itu, seorang netizen mempersoalkan kewajarannya yang sekelip mata berubah kasih gara-gara adik teman wanita jauh lebih cantik.

Secara tidak langsung, dia menjelaskan bahawa si teman wanita sebenarnya menerimanya seadaanya yang mungkin tidak begitu kacak bagi pandangan mata orang sekeliling.

"Nak tanya, awak tu handsome sangat ke? Ingat adik dia nak dekat awak? Kalau adiknya lebih cantik, tentu ramai lelaki handsome lain yang suka dia banding dengan awak.

"Sebab tu kakaknya yang terima awak sebab awak pun sama tak berapa nak handsome. Lupakanlah nak terus kahwin, betulkan niat dulu," ujarnya.

Setakat ini, ciapan tersebut diulang kicau lebih 1,000 kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain