suria

Wanita runsing ditipu tukang emas, gelang tangan susut 0.2g lepas hantar baiki... Paling pelik ada kesan pateri di bahagian tak rosak

Berat baharu rantai tangannya selepas dibaiki.

LOGAM emas sememangnya berharga walaupun dalam kepingan kecil.

Harga pasaran masa kini yang mencecah lebih RM470 segram membuatkan ramai memilih untuk membaiki barang kemas lama berbanding membeli baharu.

Perkara sama dilakukan wanita ini pada rantai tangannya yang terputus selepas mengetahui harga untuk membaik pulih hanyalah sekitar RM30.

"Pada 16 Jun saya pergi baiki rantai emas yang terputus, tukang emas cakap perlu tambah RM30 kalau pateri.

"Selepas dibaiki, pekerja kedai emas menunjukkan serpihan emas yang terpatah dan dia bertanya sama ada nak tolak dengan bayaran atau tidak.

Bahagian dedaun yang sepatutnya tidak dipateri kerana didakwa tidak rosak.

Bahagian dedaun yang sepatutnya tidak dipateri kerana didakwa tidak rosak.

"Awalnya dia cakap RM6, selepas saya cakap murah, dia naikkan kepada RM10," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Baginya nilai yang ditawarkan kedai berkenaan tersangatlah murah.

Susulan itu, dia memilih untuk menyimpan kepingan berkenaan dan hanya membayar upah baiki seperti yang dinyatakan pihak kedai.

"Apabila sampai di rumah, saya pakai rantai tangan tu dan baru perasan dedaun rantai hilang.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ‘trade in’ gelang putus, wanita dipandang sebelah mata... Staf kedai emas terus alih sedulang emas!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dicaj extra RM700 ketika tukar beli gelang emas, staf buat invois palsu! Habib tampil beri penjelasan, jurujual digantung tugas

"Paling musykil adalah terdapat kesan pateri pada bahagian dedaun seolah-olah telah dibuka sedangkan bahagian yang terputus di sebelah loceng.

"Maksudnya ada dua tempat pateri, apabila sedar saya terus hubungi kedai emas berkenaan dalam pukul 7 petang.

"Alhamdulillah ada jumpa, keesokan harinya saya ke kedai tersebut untuk ambil dedaun rantai semula," tambahnya lagi.

Pada masa sama, dia cuba mendapatkan penjelasan berhubung kesan pateri pada bahagian dedaun yang didakwanya tidak mengalami masalah atau terputus.

Sulit juga sebab persiapan tak rapi sejak awal... sepatutnya ambil gambar, ukur panjang dan berat sebelum hantar baiki.

WARGA MAYA

Malah dia turut mendakwa terdapat pengurangan kepingan emas pada bahagian loceng.

"Dia bagi semalam cuma satu keping. Jadi saya minta untuk timbang berat dan bawa bersama surat beli emas sebelum ini... berat dalam surat 4.07 gram.

"Tapi berat timbangan emas selepas pateri adalah 3.87gram, maksudnya hilang 0.20gram," ujarnya yang semakin meragui perkhidmatan yang ditawarkan.

Jumlah berat yang merosot membuatkan dia ingin mendapatkan kepastian lanjut daripada tukang emas.

Namun individu berkenaan dikatakan sedang bercuti pada hari tersebut.

Warga maya berkongsi beberapa kaedah yang boleh dilakukan sekiranya tukang emas terbabit enggan bertanggungjawab.

Warga maya berkongsi beberapa kaedah yang boleh dilakukan sekiranya tukang emas terbabit enggan bertanggungjawab.

"Pihak kedai kemudiannya menghubungi tukang emas, tapi dia cakap berat asal dalam 3.54g.

"Dia tak tunjuk pun masa timbang dan tak rekodkan juga," luahnya yang bimbang menjadi mangsa penipuan.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Ada yang mencadangkan supaya dia melantik peguam bagi menuntut semula berat emas yang berkurang.

"Dengar dulu penjelasan mereka, sekiranya tak puas hati, boleh lantik peguam.

"Sulit juga sebab persiapan tak rapi sejak awal... sepatutnya ambil gambar, ukur panjang dan berat sebelum hantar baiki, barulah boleh bandingkan dengan selepas diproses.

"Saya pernah putus rantai juga, suami cari kedai yang boleh baiki depan mata. Upah cuma RM10 atau RM20 je.

"Saya pernah dengar orang cakap pergi kedai cuci barang kemas seperti rantai atau gelang tangan pun akan menyebabkan kehilangan berat," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain