suria

Isi ruang jawapan dengan soalan, cikgu terkejut pelajar Tingkatan 1 tak tahu membaca! Ramai persoal apa berlaku di sekolah rendah

Murid yang mengalami masalah pembelajaran perlu diberi perhatian lebih oleh guru-guru. -Gambar hiasan

MENGETAHUI terdapat anak murid belasan tahun yang masih tidak tahu membaca pasti menghiris hati seorang pendidik.

Realiti itu didedahkan seorang guru wanita selepas menyedari terdapat pelajarnya yang hanya menyalin semula soalan di ruangan jawapan kertas peperiksaan.

Menurutnya, situasi tersebut berlaku semasa dia menjadi pengawas peperiksaan bagi kertas soalan Bahasa Melayu (BM) pelajar Tingkatan 1.

Mendidik murid bagi memastikan mereka berjaya bukanlah perkara mudah. -Gambar hiasan

Mendidik murid bagi memastikan mereka berjaya bukanlah perkara mudah. -Gambar hiasan

"Masa jaga kelas peperiksaan bagi kertas BM, aku perasan seorang pelajar ni jawab soalan dengan menyalin semula soalan," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.

Mengakui luluh hati melihat tingkah laku berkenaan, dia terus bertanyakan sama ada murid terbabit boleh membaca atau sebaliknya.

Apa yang menyedihkan, murid terbabit memandangnya dengan senyuman sambil mengakui dia tidak boleh membaca.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid tunjuk redflag masalah pembelajaran, guru kecewa mak ayah masih ‘relax’- “Anda dah aniaya anak sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

Jawapan yang diterima membuatkan dia tertanya-tanya bagaimana murid berkenaan belajar sepanjang tempoh enam bulan sesi persekolahan berlangsung.

"Masa tu rasa sedih sangat, macam mana dah sekolah enam bulan baru tahu yang dia (murid terbabit) tidak boleh membaca.

"Jadi macam mana dia belajar sepanjang enam bulan ini?," ajunya yang bersimpati dengan nasib pelajar berusia 13 tahun itu.

Inilah masalah apabila peperiksaan UPSR dimansuhkan.

WARGA MAYA

Mengimbau sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) di kelas, dia yang mengajar subjek matematik turut mengakui murid berkenaan sememangnya tidak pandai menjawab soalan.

"Biasanya dia jawab memang agak merapu tapi tak sangka dia tak boleh membaca.

"Apabila tanya dia belajar membaca di rumah atau tidak, dia jawab tidak," tambahnya.

Warga maya berharap peperiksaan penilaian diwujudkan semula.

Warga maya berharap peperiksaan penilaian diwujudkan semula.

Pendedahan yang dibuatnya itu membuatkan warga maya tampil dengan pelbagai reaksi.

Kebanyakannya meminta supaya Kementerian Pendidikan mewujudkan semula Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mengetahui tahap pengetahuan kanak-kanak.

Lebih menambah rasa sedih apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang mengaku sebagai pendidik mendedahkan bilangan murid tidak tahu membaca meningkat sepanjang tahun.

"Baru jumpa? Saya guru kelas Tingkatan 1 dan dah 13 tahun mengajar. Setiap tahun jumpa dan bilangannya meningkat. Bukan setakat murid normal tak tahu membaca tapi yang masalah pembelajaran pun semakin ramai.

"Inilah masalah apabila peperiksaan UPSR dimansuhkan.

"Sebab cikgu selalu tak masuk kelas semasa dia di sekolah rendah dulu, mustahil tak masuk kelas pemulihan sejak awal.

"Kalau dia tak boleh membaca, macam mana dia buat karangan? Kalau main hentam tulis, tak mungkin cikgu sekolah rendah tak perasan," demikian reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain