suria

[V] Isteri ‘tak jadi’ gembira, suami ‘nakal’ buat kereta baharu jiran bahan ‘prank’ - “Orang rumah OK tak tu?”

Gelagat Sharif ketika mengusik isterinya dengan berpura-pura menghadiahkan sebuah kereta.

SEORANG wanita baru nak melompat riang kerana menyangka dihadiahkan kereta baharu, namun kegembiraannya 'terbantut'!

Mana tidaknya, si suami bergurau dan melakukan 'prank' dengan menutup matanya sebelum dia dibawa ke sebuah kereta Perodua Ativa berwarna merah yang baru dibeli oleh jiran sebelah rumah.

Video 'prank' itu dikongsikan Sharif Zawawi di TikTok [Tonton Video] dan tular, namun dari riak wajah isterinya, wanita itu kelihatan tenang melayan 'kenakalan' suami walaupun ada yang menganggap ia sebagai gurauan kasar.

Gurauan senda mengeratkan lagi hubungan suami isteri. -Gambar hiasanGurau senda mengeratkan lagi hubungan suami isteri. -Gambar hiasan

Video berdurasi 45 saat itu memaparkan Sharif menutup mata isterinya dengan kain sebelum memimpin tangan wanita itu menuju ke kereta tersebut.

Isterinya menunjukkan reaksi teruja sebaik sahaja melihat kereta berkenaan di depan matanya, siap dipasangkan reben besar berwarna merah pada bonet hadapan.

Wanita itu pada mulanya kelihatan seperti percaya yang kereta itu dihadiahkan kepadanya kerana anak lelaki mereka turut melompat gembira kerana si ibu mendapat kereta baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami serang isteri hingga mati gara-gara ‘prank’ mulut disapu darah haid

ARTIKEL BERKAITAN: [V] TikToker diugut bunuh selepas buat prank! Mangsa rupanya ibu angkat, setuju berlakon demi bantu kerjaya anak muda di TikTok

Namun, kegembiraan itu berakhir apabila Sharif memaklumkan kereta itu sebenarnya kepunyaan jiran sebelum dia berlari dan dikejar isteri.

Manakala, anak mereka pula kelihatan terpinga-pinga kerana tidak menyangka ia hanyalah gurauan.

Perkongsian itu mendapat maklum balas daripada jiran Sharif yang juga pemilik kenderaan berkenaan iaitu seorang wanita.

Semoga abang, kakak bahagia hingga akhir hayat.

NETIZEN

Menariknya, Sharif tidak mengenali jirannya itu kerana dia baru berpindah di kawasan perumahan tersebut.

Lebih melucukan, wanita berkenaan terpaksa menjawab pelbagai soalan ketika memandu kereta itu gara-gara ia tular di media sosial.

"Jiran, jom saya bawa isteri awak jalan-jalan naik kereta tu. Salam kenal ye jiran.

"Saya pergi Negeri Sembilan ramai yang cam kereta viral ni. Puas saya nak jawab," kata wanita itu di ruangan komen hantaran asal.

Komennya itu dijawab mesra oleh Sharif.

"Tahniah kak dapat kereta baharu, kami tumpang gembira sekali dan tumpang 'modal prank'," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen.

Wanita itu juga percaya pasangan tersebut cukup bahagia dan sudah terbiasa dengan cara gurauan sedemikian.

"Orang rumah OK tak tu? Akak percaya korang berdua dah biasa gurau-gurau kasar macam tu.

"Abaikan komen-komen netizen yang kecam tu. Apa pun terbaik," katanya.

Bagi netizen, gurauan lelaki berkenaan semenangnya kasar tetapi cara tersebut juga dapat mengeratkan hubungan antara suami isteri.

"Hadiah tu tak penting, bahagia tu yang penting. Semoga abang, kakak bahagia hingga akhir hayat.

"Kalau aku jadi bini dia, aku prank ajak suami jiran makan rumah esok, baru dia tau.

"Setakat bini dia tak apa lagi, tapi kesian kat anak dia seronok tak terkata. Semoga keluarga ni dimurahkan rezeki tercapai apa yang dihajati," demikian antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain