suria

Wanita menyampah guru asyik ‘arah’ ibu bapa bantu ajar anak di rumah, zaman dulu tak pula mak ayah disuruh campur tangan!

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. -Gambar hiasan

SEMAKIN ramai ibu bapa zaman sekarang yang berfikir tugas mendidik anak-anak terletak di bahu guru semata-mata.

Lebih mengejutkan apabila terdapat kelompok mak ayah yang merungut apabila diminta oleh guru supaya membantu anak-anak belajar di rumah.

Seperti wanita ini, dia bukan sahaja mempertikaikan saranan tersebut, malah mengungkit corak pembelajarannya zaman dahulu yang dikatakan tidak melibatkan ibu bapa.

Tugasan rumah tangga bukanlah mudah. -Gambar hiasan

Tugasan mengurus rumah tangga bukanlah mudah. -Gambar hiasan

"Kenapa sekarang dah macam jadi kewajipan mak ayah kena ajar anak dekat rumah?

"Mak ayah tak ada kerja lain ke nak buat kat rumah?

"Dulu saya kecil-kecil sampai ke universiti, semua belajar sendiri... elok je masuk universiti," ujar wanita ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sokong cikgu ‘tayang’ foto murid tak siap tugasan, anggap cara disiplin anak - “Balik rumah dia kena lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Isi ruang jawapan dengan soalan, cikgu terkejut pelajar Tingkatan 1 tak tahu membaca! Ramai persoal apa berlaku di sekolah rendah

Menerusi hantaran itu juga, wanita ini menyatakan bahawa tindakan guru memberikan saranan sebegitu membuatkan dia menganggapnya sebagai satu arahan dan wajib dilakukan.

Baginya, ia bukan sahaja sangat menjengkelkan, malah membebankan dirinya yang perlu menguruskan hal rumah tangga.

"Memang saya selalu je ajar anak-anak, bantu buat kerja rumah dan belajar sama ada untuk sekolah kebangsaan atau KAFA jika ada kesempatan.

Silibus sekarang menggila, kesian anak kalau tertinggal. Mak kena hadap juga walaupun penat.

WARGA MAYA

"Tapi apabila cikgu macam mengarahkan mak ayah kat kumpulan WhatsApp, serious saya rasa sangat menyampah.

"Ni masuk musim peperiksaan, bukan anak yang stres tapi mak yang 'merentan' sebab kena belajar semula," rungutnya lagi.

Keluhan wanita ini mendapat perhatian warga maya, namun ramai yang menyelarnya kerana seolah-olah melepaskan tanggungjawab mendidik anak sepenuhnya kepada guru.

Demikian reaksi warga maya berhubung hantarannya.

Antraa reaksi warga maya berhubung hantarannya.

Bagaimanapun ada yang bersetuju dengan pendapatnya dan membandingkan silibus dahulu yang jauh lebih mudah daripada sekarang.

"Dalam Islam, tugas siapa mendidik anak tu, perkara asas... pembelajaran bermula dari rumah.

"Zaman sekarang mana sama dah, dulu darjah satu baru nak mengeja suku kata, sekarang dah kena buat ayat tersurat atau tersirat.

"Silibus sekarang 'menggila', kesian anak kalau tertinggal. Mak kena hadap juga walaupun penat.

"Tak cukup dekat sekolah, kena ada usaha dari rumah juga. Anak-anak zaman sekarang ni susah bagi perhatian di sekolah," demikian antara reaksi warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain