DALAM dunia yang semakin moden dan serba canggih kini, ramai dalam kalangan kita bergantung kepada pelbagai peralatan untuk memudahkan kehidupan seharian, termasuklah memasang penapis air demi kesihatan keluarga.
Umum mengetahui, ada penapis air perlu diselenggara secara berkala bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum sekali gus memastikan air yang dihasilkan sentiasa bersih, selamat dan berkualiti.
Namun, kisah yang dikongsikan oleh wanita ini cukup untuk membuka mata kita semua agar tidak mengambil remeh soal penyelenggaraan penapis air di rumah masing-masing.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila mendapati penapis air miliknya tidak pernah diservis selama hampir setahun, meskipun bayaran bulanan dilakukan tanpa gagal.
Tangkap layar (screenshot) perbualan dengan staf syarikat penapis air.
"Produk (penapis air) ni saya kasi kepada kakak. Kemudian saya selalu dapat mesej 'service completed' dekat WhatsApp.
"Sebelum ni ada juga tanya kakak, staf syarikat tu ada datang servis tak? Dia kata tak ada, saya buat bodoh je sebab anggap mungkin orang tu datang servis masa dia (kakak) tak ada dekat rumah.
"Hari ni dapat lagi mesej 'service completed' ngam-ngam masa tengah video call dengan kakak. Saya terus tanya dia, tadi ada tak orang datang servis and still dia cakap tak ada," tulisnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda geram guna penapis air, ‘pandai’ rosak lepas servis terakhir! Panggil semula technician, kena bayar untuk setahun
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah gelabah lepas dengar kuliah, risau penapis air ada tulang babi… Mujur anak ‘siasat’ dulu, gesa pendakwah lebih beretika
Disebabkan sangsi dengan apa yang berlaku, wanita itu mengambil keputusan untuk menghantar mesej dan bertanya sendiri kepada juruteknik servis penapis air berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
Kemarahannya semakin memuncak apabila kad penyelenggaraan penapis air yang dihantar kakaknya memaparkan peralatan miliknya itu diservis kali terakhir pada 10 Mac 2024.
"Masa WhatsApp dia, saya betul-betul tengah marah. Malah dia tak jujur pun, tapi dia tahu dah buat salah.
"Dalam sistem dia update kali terakhir servis 18 Jun 2025 tapi dekat kad servis tu kali terakhir adalah pada 10 Mac 2024. Kalau tak check dengan kakak, sampai sudah dia tak datang pun servis," ujarnya.
Kerja ambil mudah. Orang macam ni esok-esok dia buat lagi.
NETIZEN
Tambah wanita tersebut, selepas 'kantoi', juruteknik servis itu merayu-rayu agar perbuatannya tidak dilaporkan kepada pihak atasan syarikat kerana bimbang akan ditamatkan perkhidmatan.
"Kalau dua, tiga bulan tak apa boleh consider (pertimbang). Ini setahun tau. Geram betul orang macam ni," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita tersebut meneruskan tindakan dengan melaporkan isu ini kepada pihak atasan syarikat penapis air kerana tidak amanah dalam menjalankan tugas.
Netizen menyarankan wanita berkenaan membuat laporan kepada pihak atasan.
"Report. Kerja ambil mudah. Orang macam ni esok-esok dia buat lagi.
"Sedap makan duit. Awak report je sebab awak bayar servis tu.
"Tolonglah report. Tak tahu berapa ramai lagi dia buat macam tu. Kalau orang-orang tua yang kena lagi kesian," demikian antara komen netizen.