suria

Janda bidas 'laki orang' lupa daratan, baru senang sikit gatal ajak kahwin - “Kau bukan nak bantu, nafsu je”

Ikatan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat menjadi impian setiap pasangan yang berkahwin. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan ada golongan lelaki bersikap lupa daratan dan tidak mengenang pengorbanan isteri ketika mengharungi zaman susah bersama apabila kewangan mereka sudah stabil.

Kata orang, dalam perkahwinan kaum wanita akan diuji dengan kesetiaan apabila suaminya susah, sementara lelaki pula diuji ketika dia senang dan berharta.

Menerusi satu hantaran di laman Thread, seorang wanita berkongsi tentang sikap lelaki yang suka mengambil kesempatan dengan menggunakan agama untuk berpoligami kerana merasakan diri mereka mampu.

"Lelaki selalu mengeluh yang perempuan tinggalkan mereka bila sudah tiada apa-apa. Tapi ingat lagi tak macam mana layanan kau pada isteri semasa kau ada segalanya?

"Masa susah punyalah sama-sama. Dah ada duit, bini semua salah kawan-kawan je la semua betul. Family dari ceruk mana yang tak pernah sponsor 10 sen pun call. Phone dia berbunyi, kalah pusat panggilan," katanya, memberi contoh berdasarkan pengalaman dengan bekas suami.

Bermacam alasan akan diberikan suami jika sudah bosan dengan isteri. -Gambar hiasan

Dia seterusnya bercerita pula pengalaman selepas bercerai dan bergelar janda, yang mana dirinya pernah diajak berkahwin oleh lelaki yang sudah berkeluarga.

Berdepan dengan lelaki tersebut, dia terus bertanya tentang tahap kemampuannya untuk memberi nafkah zahir dan kemewahan serta jaminan kesenangan hidup.

"Ada laki orang tu, pantang dengar aku janda dan ibu tunggal terus acah-acah jadi lelaki budiman. Nak selamatkan para janda dan ibu tunggal konon.

"Aku tanya, duit banyak pernah pergi oversea? Pernah bawa bini beli Chanel ke, Gucci ke?" katanya yang merupakan seorang peniaga di bazar.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama tak jumpa 2 isteri di Kelantan, lelaki kahwin 3 tagih ihsan belikan tiket kapal terbang - “Saya terlalu rindukan bini-bini lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tinggal anak isteri lepas poligami muncul semula, nak suruh buat pinjaman bank! - “Tapi ayah tak tinggal dengan kami”

Diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan, lelaki itu menyatakan bahawa aktiviti melancong serta membeli barangan berjenama mewah memerlukan kos yang tinggi, seolah-olah tidak perlu disediakan oleh suami kepada seorang isteri.

"Lepas tu aku tanya dia, habis kahwin dua tak mahal? Duit kau banyak kan, pergilah bawa bini tu pergi oversea, belilah emas dari hujung rambut sampai hujung kaki, bawalah pergi makan tempat daging mahal wagyu tu.

"Ni kau beli daging batang pinang setahun sekali pun mengeluh mahal ada hati nak kahwin lain.

"Kau bukan sebab nak bantu, kau nafsu je. Sejak hari tu tak datang dah mamat tu," katanya.

Duit kau banyak kan, pergilah bawa bini tu pergi oversea, belilah emas dari hujung rambut sampai hujung kaki, bawalah pergi makan tempat daging mahal wagyu tu.

IBU TUNGGAL

Justeru, ibu tunggal ini menasihatkan kaum wanita supaya bijak mengesan lelaki khususnya berstatus suami orang yang hanya bermulut manis untuk mengajak berkahwin tetapi hakikatnya tidak mampu menyediakan kehidupan berkualiti untuk isteri.

"Kawan tak salah, tapi beragaklah.

"Laki orang pun, sebelum rasa diri tu gatal nak kahwin lain, pastikan diri tu mampu dulu belikan bini kau barang-barang berjenama. Ni tak, seluar dalam bini pun tukar setahun sekali. Tu pun beli kedai biasa je," katanya.

Reaksi warganet

Sementara itu, ada netizen turut berkongsi pengalaman serupa dialaminya sebagai wanita berstatus janda.

"Masa mula-mula jadi janda dulu, boleh katakan ramai juga suami orang cuba mengorat tapi saya tolak secara baik.

"Ada seorang tu puji katanya pandai jaga badan. Yang tak tahan siap banding dengan bini sendiri pula tu, 'menyirap' je dengar.

"Asal janda je, ingat kami ni terdesak sangat ke sampai laki orang pun sanggup nak 'sauk'. Padahal janda yang disakiti oleh duda yang 'hauk' (teruk) lagilah tak pandang laki orang," antara komen netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain