suria

Adik syak abang layan mentua dengan teruk, punca kakak ipar tak hormat ibu

Tugas memasak jadi lebih mudah apabila saling membantu. -Gambar hiasan

SEORANG adik meluahkan rasa terkilan dengan sikap abang dan kakak iparnya yang dilihat gagal melayan ibunya dengan baik.

Menurut wanita itu, dia tidak faham mengapa pasangan itu bertindak sedemikian sedangkan ibunya memberikan layanan terbaik kepada mereka sekeluarga.

Malah katanya, jika dibandingkan layanan ibu terhadap adik beradik yang lain, abang dan kakak iparnya boleh dianggap menerima layanan bertaraf VVIP.  

Jangan sesekali memperhambakan ibu. -Gambar hiasanJangan sesekali memperhambakan ibu. -Gambar hiasan

"Bila mereka datang mewah hidangan, setahun tu 10 kali makan luar mak aku bayar. Kami anak menantu lain memang kena layan mereka macam raja sebab nak jaga hati mak.

"Bila ada hari keluarga atau makan malam, mereka datang berlenggang dan makan paling banyak. Aku kesian ipar yang lain, mereka masak beli bahan buat semuanya.

"Aku rasa sedih kat mak aku. Kenapa dia buat mak aku macam tu? Tiada nilai ke orang tua tu di mata dia?" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kerah tenaga ibu, jadikan kuli... Bini tak pandai buat kerja rumah ditatang - “Mak nak pindah, abang aku halang”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘hambakan’ mentua suruh mengasuh bayi, siap ungkit bayar RM250 sebulan... Permintaan ditolak, ugut nak gugur kandungan!

Tambahnya lagi, walaupun kakak iparnya terang-terangan menunjukkan sikap buruk serta tidak melayan ibu dengan baik tetapi tetap menjadi menantu kesayangan.

Katanya lagi, abang dan kakak iparnya juga bukanlah orang susah sebaliknya mereka bergaji tinggi.

"Tak pernah pun ajak mak pergi mamak ke, walaupun mak tinggal seorang. Abang aku tu pergi ke sana sini tak pernah ingat mak.

"Bilik rumah mak yang ada aircond memang reserve kat mereka bila datang. Kurang apa lagi mak pun aku tak pasti," katanya.

Abang awak pun buat begitu kat mentua. Jangan harap orang lain akan layan mak awak baik-baik.

NETIZEN

Wanita itu berkata, dia tidak menyalahkan kakak iparnya sahaja dalam isu ini tetapi lebih meletakkan kesalahan kepada abangnya.

"Aku syak abang aku layan mentua dia macam ni juga, sebab tu kakak ipar balas balik tetapi isunya mak aku layan mereka dengan baik," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Dalam pada itu, netizen juga tidak menolak pandangan wanita itu mengenai kemungkinan layanan buruk abangnya terhadap mentua menyebabkan kakak iparnya turut bersikap demikian.

"Saya dulu pun cuba berbaik dengan mentua tapi bila suami sendiri layan tak layan mak kita, memang kita ikut la perangai dia.

"Jadi kalau awak nak tahu, abang awak pun buat begitu kat mak mentua dia. Jangan harap orang lain akan layan mak awak baik-baik.

"Siapa suruh layan dia macam raja. Layan biasa sudahlah," antara komen warga maya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain