suria

Anak kerah tenaga ibu, jadikan kuli... Bini tak pandai buat kerja rumah ditatang - “Mak nak pindah, abang aku halang”

Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan seorang ibu.

BAGI mereka yang sudah berumah tangga, lebih baik tidak tinggal sebumbung dengan ibu bapa bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Selalu sangat kita dengar kisah menantu yang terasa hati gara-gara tinggal mentua, tetapi berbeza pula kisah diceritakan wanita ini yang mana ibunya berkecil hati dengan sikap anak menantunya.

Menurut wanita itu, segalanya bermula apabila abangnya berubah sikap selepas berkahwin dengan menjadikan ibunya seperti pembantu rumah.

Tugas memasak, mengemas perlu dibuat secara bersama. -Gambar hiasanTugas memasak, mengemas perlu dibuat secara bersama oleh suami isteri. -Gambar hiasan

Jelasnya, kediaman yang mereka duduki bersama itu adalah rumah peninggalan arwah bapanya.

"Kakak ipar aku tak pandai masak, kemudian emak la yang setiap hari masak untuk abang. Kalau mak penat tak masak, abang akan tanya kenapa tak masak?

"Kadang bila mereka laki bini pergi berjalan dua, tiga hari macam tu, mak aku kena sidai baju mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘hambakan’ mentua suruh mengasuh bayi, siap ungkit bayar RM250 sebulan... Permintaan ditolak, ugut nak gugur kandungan!

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok wajah ibu, penat jadi hamba anak menantu... Balik kampung semua jadi ‘diva’, celik mata tahu nak makan je!

Tambahnya, akibat terlalu penat melayan sikap anak lelaki dan menantu, ibunya berhasrat untuk berpindah ke sebuah lagi rumah mereka.

"Mak aku nak pindah tapi abang aku boleh halang weh, sebab apa? Sebab nanti rumah ni kosong, dah la semua dalam rumah ni mak aku punya.

"Mak aku dah kasi rumah ni kat kau okay la, ni siap halang mak aku nak pindah kenapa? Sebab tiada orang gaji?

"Aku tahu la kau nak utamakan bini kau, tapi perlu ke buat mak sendiri macam orang gaji kau?" ujarnya.

Sampai kau ada bini pun kau menyusahkan hidup mak kau lagi.

NETIZEN

Bercerita lanjut,  katanya, dia dan adik beradik yang lain bukan tidak mahu menasihati abangnya tetapi bimbang akan dipukul.

"Dia ni baran. Jika orang tak dengar cakap dia memang dia baran teruk nanti. Sebab tu aku tak berani nak tegur. 

"Silap-silap aku yang kena pukul nanti. Memang dah tiada pilihan lain, memang ajak mak pindah terus," katanya.

Netizen berpandangan kes berkenaan adalah contoh seorang emak melahirkan seorang 'raja'.

Reaksi netizen.Reaksi netizen.

"Sumpah toksik gila. Agak-agak la suruh mak buat semua, baik jangan kahwin, bujang je senang. Kak ipar tu tak kan tiada perasaan malu.

"Kalau saya pun benci. Jenis anak tak kenang budi macam ni la, dari kecil lagi mak kau dah susah payah untuk kau.

"Sampai kau ada bini pun kau menyusahkan hidup mak kau lagi.

"Tinggalkan je dia. Jangan biar mak awak berlembut. Dah sah-sah abang anggap mak awak macam kuli," kata beberapa netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia