suria

Mak ayah kecewa baca mesej syarat Hari Guru! Tolak hadiah kecil, cuma terima pemberian bermanfaat

Kisah mengenai hadiah yang diberi sempena hari guru banyak dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

MEMBERI hadiah kepada pendidik sempena sambutan Hari Guru memang sudah menjadi tradisi dalam kalangan murid dan ibu bapa.

Setiap tahun apabila tibanya tanggal 16 Mei, sekecil-kecil hadiah sehingga pemberian mewah akan diberikan kepada guru sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa.

Bagaimanapun, tular satu perkongsian di platform Threads yang mengundang pelbagai reaksi netizen berhubung tangkap layar mesej, dikatakan dihantar oleh seorang guru.

Hadiah diberi kepada guru sebagai tanda penghargaan daripada pelajar. -Gambar hiasan

Seorang pengguna mendakwa seorang guru dari sekolah swasta di Johor meminta ibu bapa menyediakan hadiah sempena Hari Guru tetapi dengan ‘syarat’ tertentu.

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila tangkap layar mesej itu menunjukkan guru tersebut menetapkan jenis hadiah yang tidak digalakkan untuk diberi.

"Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan kepada guru pada hari tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Barang jenama mahal jadi hadiah Hari Guru, sifat pemurah usahawan ini jadi perhatian ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun cikgu dapat banyak hadiah Hari Guru, mufti perjelas situasi haram terima pemberian pelajar

"Kami mohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame atau bunga-bunga kecil kepada guru. Hadiah yang berkat adalah hadiah yang memberi manfaat," demikian mesej yang ditulis.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi, dengan ramai netizen mempersoalkan kewajaran permintaan sebegitu dibuat oleh seorang pendidik.

"Kawan ada cerita, pihak sekolah suruh bawa lima hadiah setiap anak murid. Walaupun sekolah elit ke apa, rasa tak patut pula keluarkan arahan kena bawa tu.

Walaupun sekolah elit ke apa, rasa tak patut pula keluarkan arahan kena bawa tu.

NETIZEN

"Macam ni punya 'demand'? Memang saya tak bagi anak pergi sekolah. Perangai kan," komen beberapa netizen menunjukkan protes.

Ada yang mempertikai kesahihan mesej tersebut dan menganggap ia mungkin rekaan semata-mata.

Dalam pada itu, segelintir netizen berpendapat jika benar mesej itu datang daripada guru, tindakan tersebut telah mencalarkan imej profesion perguruan.

Komen netizen di media sosial.

"Macam tak betul je mesej ni? Betul ke mesej ni dari guru? Ada bukti tak? Admin je boleh send mesej, tapi siapa admin ya?

"Betul ke? Jangan ada pihak saja buat mesej palsu macam ni semata-mata nak burukkan profesion guru.

"Tak dinafikan tak mustahil juga ada guru yang macam ni. Tapi harapnya tak benarlah benda ni," soal beberapa netizen yang ragu-ragu dengan mesej itu.

Namun, pengguna Threads itu tampil mempertahankan kenyataannya dan menegaskan bahawa situasi berkenaan memang benar-benar berlaku.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia