suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Rakyat Malaysia sila ambil tahu... Ini punca kereta boleh kena saman, kunci tayar di Hat Yai walau parkir dalam petak

Seorang pelancong Malaysia disaman di Hat Yai kerana meletakkan kenderaan secara melawan arus.

SEORANG pelancong Malaysia berkongsi pengalaman tidak dijangka ketika berada di Hat Yai, Thailand apabila disaman walaupun kenderaannya diparkir di dalam ruang petak yang disediakan. 

Menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video], individu berkenaan mengakui  kesilapan kecil pada arah parkir menjadi punca dia dikenakan tindakan.

"Parkir dah betul dalam kotak tapi terbalik. Menentang arus. Sumpah tak tau parkir terbalik boleh kena saman.

"Aku tengok yang tak pakai topi keledar, yang naik motor ramai-ramai elok je (tak disaman). Bab parkir jangan main-main," katanya.

Katanya, walaupun pada surat saman tertulis denda 500 baht (kira-kira RM60), namun kerugian dialaminya berjumlah 1,000 baht (sekitar RM120).

Tambahan 500 baht lagi adalah kos untuk membuka tayar yang dikunci.

Secara umum, peraturan parkir di kebanyakan kawasan menetapkan bahawa kenderaan perlu diparkir mengikut arah aliran trafik.

Walaupun berada dalam petak yang disediakan, parkir secara menentang arus boleh dianggap sebagai kesalahan kerana mengganggu aliran dan keselamatan jalan raya.

Peraturan yang sama turut terpakai di Malaysia dengan tindakan penguatkuasaan biasanya dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya.

Kadar kompaun biasanya boleh mencecah sehingga RM100 dengan notis saman akan dikeluarkan dan diletakkan pada cermin kereta.

Antara tip yang boleh diambil perhatian:

  • Sentiasa ikut arah masuk dan keluar parkir.
  • Perhatikan papan tanda dan garis panduan parkir.
  • Jangan anggap 'dalam kotak' bermaksud sudah betul sepenuhnya.
  • Sediakan wang tambahan (jika berlaku di luar negara).

Artikel Lain