BILIK hotel yang bersih dan tersusun rapi pastinya dapat menenangkan hati mereka yang mahu berehat sambil bercuti.Namun, di sebalik keindahan dekorasi serta layanan mesra kakitangannya, tersembunyi banyak kisah yang mungkin tidak pernah didedahkan kepada orang ramai. Dakwa seorang wanita, bilik yang pernah menjadi lokasi bunuh diri biasanya akan ‘dibersihkan’ sebelum dibuka semula untuk didiami tetamu hotel.“Selama 10 tahun bekerja sebagai penyambut tetamu hotel, banyak sangat dark side yang aku tahu.“Salah satunya ada orang bunuh diri. Seminggu bilik itu ‘dicuci’ dan mereka panggil bomoh bagai. “Kemudian buka bilik itu macam biasa. Kalau ada tetamu yang berlagak, aku bagi je bilik tu untuk dia,” kongsinya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Percutian sekeluarga bertukar ngeri, hanya sempat tidur semalam... Rupa-rupanya hotel penginapan tersenarai lokasi seram di PDHantaran itu turut dihujani komen netizen termasuklah mereka yang bekerja dalam bidang perhotelan.“Sama dengan tempat saya. Pagi cuci, petang tetamu dah boleh masuk.“Kami ada juga bilik yang orang meninggal serangan jantung. Kalau panas hati, memang bagi bilik tu je.“Patutlah macam boleh rasa. Aku rasa macam ada orang mati dalam tab mandi. Tak sampai sehari terus aku check out,” tulis beberapa individu.