PULAU Hormuz sering dianggap sebagai antara permata tersembunyi di Iran, bukan sahaja kerana keindahan landskapnya yang luar biasa, malah keunikan budaya masyarakat setempat. Pulau kecil ini digelar sebagai antara pulau paling berwarna-warni di dunia, dengan keaslian alam semula jadi yang masih terpelihara. Keindahan Pulau Hormuz terletak pada kepelbagaian warna semula jadi yang jarang ditemui di tempat lain. Ketika menjelajah pulau ini, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai tona warna seperti merah, kuning, jingga, hijau, putih, coklat, beige, emas, kelabu dan biru kehijauan. Gabungan warna ini menjadikan pulau ini turut dikenali sebagai pulau pelangi.Kehidupan di sini juga cukup menarik perhatian. Penduduk tempatan menggunakan tanah merah dari pulau ini sebagai bahan dalam masakan, selain bergantung kepada tuk-tuk (beca bermotor) dan motosikal sebagai pengangkutan utama.Antara pengangkutan utama di pulau berkenaan.Dari segi lokasi, Pulau Hormuz terletak di wilayah Hormozgan Province, kira-kira 20 kilometer dari Pulau Qeshm dan sekitar 22 kilometer dari Bandar Abbas. Pulau ini juga berada di Selat Hormuz dalam Persian Gulf. Seperti yang kita tahu, Selat Hormuz meraih perhatian dunia sejak April selepas Iran menutup laluannya sewaktu krisis Asia Barat.Berikut merupakan lima tarikan di Pulau Hormuz1. Red BeachPantai ini turut dikenali sebagai pantai berdarah kerana warna air lautnya yang kemerahan. Fenomena ini berlaku disebabkan oleh kandungan oksida besi yang tinggi dalam tanah merah di kawasan tersebut. Apabila pasir merah bercampur dengan air laut, ombak akan kelihatan berwarna merah jambu. Pantai ini dianggap antara yang paling unik di dunia.2. Silver BeachTerletak bersebelahan Red Beach, lokasi ini pula menawarkan pemandangan pasir yang berkilauan dan bersinar, seolah-olah disaluti serpihan logam. Kawasan ini juga dipenuhi batu-batu berwarna-warni, sekali lagi mengukuhkan gelaran pulau pelangi.Landskap unik di Pulau Hormuz.3. Rainbow Mountains/ValleyKawasan ini sesuai untuk aktiviti mendaki ringan. Pengunjung boleh meluangkan masa beberapa jam untuk menikmati panorama bukit-bukau berlapis warna yang menakjubkan.4. Kubu PortugisKubu bersejarah ini dibina pada abad ke-16 semasa zaman penjajahan Portugis. Struktur binaannya unik kerana batu-batu yang digunakan turut mempunyai rona kemerahan, selari dengan landskap pulau ini.5. Muzium NadalianMuzium ini dimiliki oleh Ahmad Nadalian, seorang seniman yang aktif mengajar seni kepada wanita tempatan. Hasil karya mereka turut dijual di sini sebagai sumber pendapatan komuniti setempat. - Agensi.