Persediaan sebelum memulakan perjalanan jauh penting bagi mengelakkan masalah lenguh pada kaki. -Gambar hiasan AI
RAMAI beranggapan rasa lenguh dan sakit kaki ketika berjalan jauh semasa bercuti adalah perkara biasa.Namun hakikatnya, keadaan tersebut sebenarnya berpunca daripada kurangnya persediaan fizikal sebelum melakukan aktiviti berintensiti tinggi seperti berjalan dalam tempoh yang lama. Seorang wanita berkongsi pengalaman peribadinya yang sebelum ini sering berdepan masalah sama setiap kali melancong.Menurutnya, dia akan mula berasa lenguh selepas berjalan sekitar 20 hingga 30 minit, sekali gus menjejaskan mood dan keseronokan sepanjang perjalanan dengan banyak berehat.Bagaimanapun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan seorang lelaki warga emas yang disifatkannya sebagai hardcore traveller (pengembara tegar).Lelaki tersebut mampu berjalan hampir sepanjang hari bermula dengan keluar dari hotel pada waktu pagi dan hanya kembali pada sebelah malam tanpa menunjukkan tanda keletihan.Urutan ringan dan merendam kaki dalam air suam boleh mengurangkan keletihan. -Gambar hiasan AILebih menarik, tip yang diamalkan oleh lelaki tersebut bukanlah sesuatu yang rumit tetapi sangat ringkas namun sering diabaikan ramai.Antara amalan yang dikongsikan adalah:1. Melakukan regangan kaki setiap pagi selama lima hingga 10 minit bagi menyediakan otot sebelum berjalan jauh.2. Memilih kasut yang memberikan sokongan optimum kepada kaki, bukan sekadar mengutamakan gaya.3. Menggunakan sarung kaki atau stoking yang sesuai bagi mengurangkan geseran dan meningkatkan keselesaan.4. Berjalan dengan rentak yang konsisten, tanpa perubahan kelajuan secara mendadak.5. Mengambil waktu rehat setiap satu hingga dua jam, walaupun hanya untuk tempoh singkat.6. Merendam kaki dalam air suam serta melakukan urutan ringan pada waktu malam bagi mengurangkan keletihan otot.Menurut wanita itu, perubahan yang dialaminya selepas mengamalkan tip berkenaan sangat ketara.Dia bukan sahaja kurang mengalami sakit kaki, malah lebih bertenaga dan mampu menikmati perjalanan dengan lebih baik.Justeru, mereka yang gemar melancong disarankan untuk mengambil perhatian terhadap aspek penjagaan kaki agar pengalaman perjalanan menjadi lebih selesa dan menyeronokkan.