suria

Jualan Perayaan dan Jualan Tengah Malam Premium Outlets kembali sempena Hari Raya Aidilfitri

Jualan Perayaan 2026 berlangsung dari 13 hingga 22 Mac.

PREMIUM Outlets Malaysia kembali menganjurkan Jualan Perayaan 2026 yang dinanti ramai, berlangsung dari 13 hingga 22 Mac di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Sepanjang tempoh itu, pengunjung bakal menikmati penjimatan sehingga 80 peratus di outlet jenama terkemuka seperti Burberry, Ferragamo, Kenzo, Polo Ralph Lauren dan banyak lagi. 

Jualan ini menawarkan penjimatan terbaik bagi pengunjung melengkapkan busana perayaan mereka serta membeli hadiah-hadiah bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri yang penuh makna. 

Johor Premium Outlets akan menganjurkan Jualan Tengah Malam dari 13 hingga 15 Mac 2026 dan akan beroperasi daripada 10 pagi sehingga 12 tengah malam.

Sambil menghayati semangat serta kemeriahan Ramadan, Johor Premium Outlets menjadi destinasi ideal bagi membuat persiapan Aidilfitri sambil meluangkan masa bersama insan tersayang. 

Sejajar dengan kesinambungan inisiatif dekorasi bermusim, Premium Outlets Malaysia kini membawakan edisi khas sempena Hari Raya Aidilfitri melalui kolaborasinya bersama artis kontemporari Malaysia, Kenji Chai, yang mengangkat keunikan budaya tempatan menerusi instalasi seni berwarna-warni.

Bermula 5 Mac hingga 16 April 2026, instalasi ini akan dipamerkan di Genting Highlands Premium Outlets, Johor Premium Outlets serta Jakarta Premium Outlets. 

Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan lagi peranan Premium Outlets sebagai destinasi gaya hidup serantau yang menyatukan kepelbagaian budaya serta kemeriahan sambutan perayaan merentasi negara-negara jiran. 

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Selain instalasi tersebut, Premium Outlets turut memperkenalkan sampul  Hari Raya Aidilfitri edisi terhad yang menampilkan karya seni perayaan eksklusif daripada Kenji Chai. 

Pengunjung yang berbelanja minimum RM400 dalam satu resit layak  menebus sampul raya eksklusif Premium Outlets, yang menggabungkan seni, budaya dan sambutan perayaan yang bermakna.

"Musim perayaan merupakan detik yang amat bermakna buat para pengunjung kami. Selain menawarkan nilai penjimatan yang luar biasa, kami juga bermatlamat untuk mencipta pengalaman istimewa buat keluarga yang datang membuat persiapan sambutan perayaan dalam suasana yang penuh inspirasi serta mencipta kenangan manis bersama.

"Kesinambungan kerjasama bersama artis tempatan Kenji Chai mencerminkan komitmen kami dalam menggabungkan elemen jualan, budaya dan kreativiti di Malaysia serta rantau ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Simon Sdn Bhd, Jean Marie Pin Harry.

Melalui perluasan kempen ini ke Malaysia dan Indonesia, Premium Outlets terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan serantau bagi pengalaman membeli-belah musim perayaan.

Sorotan pengalaman

Peraduan Wishing Wall (5 Mac hingga 16 April)

Pengunjung di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets dijemput menyertai peraduan Wishing Wall dengan menulis aspirasi serta harapan perayaan mereka dan meletakkannya di dinding instalasi tersebut.

Pemenang akan diumumkan pada 22 April dan bakal menerima hadiah bernilai sehingga RM2,500 daripada Premium Outlets.

 Kemeriahan aktiviti perayaan (13 hingga 22 Mac)

Pengunjung boleh menantikan pelbagai aktiviti penuh keceriaan di Genting Highlands Premium Outlets dan Johor Premium Outlets.

Bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, aktiviti percuma akan diadakan sepanjang tempoh kempen, termasuk:

Bengkel Cop Kraf (13 Mac hingga 15 Mac)

Bengkel Hiasan Biskut (13 Mac hingga 22 Mac)

Pemberian belon oleh badut (13 Mac hingga 15 Mac)

Studio Foto AI (13 Mac hingga 15 Mac)

Tawaran Makanan dan Minuman Percuma

Bagi Melengkapkan sambutan ini, pengunjung juga boleh menikmati makanan dan minuman  percuma daripada Auntie Anne’s, Boost Juice Bars, Crepe ‘n’ San Churros, Dome Café, Krispy Kreme, Tealive dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Ganjaran Perayaan (13 hingga 15 Mac)

Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam program eksklusif Spend & Redeem

> Berbelanja RM5,000 dalam tiga resit untuk menebus wristlet Coach

> Berbelanja RM3,500 dalam tiga resit untuk menebus pouch perjalanan Hooga

> Berbelanja RM1,500 dalam dua resit untuk menebus semburan bilik Hooga 

Dengan waktu operasi yang dilanjutkan, ganjaran perayaan eksklusif serta elemen kreatif yang imersif, Premium Outlets Malaysia terus menawarkan pengalaman membeli-belah yang meriah dan bertaraf tinggi,memberikan pengunjung satu pengalaman perayaan yang sarat dengan budaya, kreativiti, serta keceriaan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.premiumoutlets.com.my.

 

Artikel Lain