RAMAI rakyat Malaysia yang mengambil peluang menunaikan ibadah umrah sepanjang bulan Syaaban dan Ramadan.Tambahan pula, nilai ringgit semakin mengukuh. Dalam keterujaan melangkah ke Tanah Suci, setiap detik perjalanan pastinya meninggalkan kenangan tersendiri. Begitu juga dengan seorang jemaah Malaysia yang berkongsi pengalaman mendebarkan ketika berdepan pegawai imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Jeddah.Berkongsi cerita, Shahirah Darwis berkata, dia pada awalnya dia berasa gugup apabila melihat pegawai imigresen yang berwajah bengis memarahi individu di hadapan.Namun katanya, situasi berbeza apabila dia menghulurkan pasport selepas memberi salam."Sampai giliran, aku bagi salam tapi serba salah nak senyum sambil hulur pasport."Terus dia bertukar senyum lebar dan tegur... wow hi, you from Malaysia? dan terus berborak sikit," luahnya di Thread sambil menyatakan rasa gembira menjadi rakyat Malaysia.Rakyat Malaysia menerima layanan yang luar biasa di Jeddah. -Gambar hiasan AIPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya.Ramai yang berkongsi situasi sama termasuk pengguna akaun Thread dikenali sebagai Syukrii Hamid.Menurutnya, rakyat Malaysia yang pergi menunaikan umrah sangat disenangi orang Arab.Malah katanya, pasukan polis di Makkah dan Madinah menggelarkan rakyat Malaysia sebagai burung-burung dari syurga."Adik saya cakap, polis sana panggil orang Malaysia sebagai burung-burung dari syurga sebab patuh serta dengar arahan," tambahnya.Tidak kurang juga yang menyatakan ramai anggota Imigresen di sana sudah fasih berbahasa Melayu."Dekat sini tak speaking langsung, mereka cakap Melayu je."Sama juga di Jeddah, kita gementar tapi anggota imigresen tu elok je bagi salam dan ucap selamat datang sambil minta letak jari."Mereka memang pandai cakap Melayu," demikian reaksi beberapa netizen.