Rakyat dari pelbagai bangsa, kepercayaan dan agama meraikan pertunjukkan bunga api sempena Cerita Malaysia Kita di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Jumaat malam. -Foto IZZRAFIQ ALIAS/SMG
SEMANGAT perpaduan, sikap positif rakyat serta kerjasama menyeluruh semua pihak antara faktor utama kejayaan industri pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, namun kejayaan itu menuntut komitmen berterusan daripada kerajaan, sektor swasta dan masyarakat. "Sebab itu kita harus pastikan semua aspek kegiatan kita, pelancongan yang merupakan satu daripada intinya, yang memerlukan penyertaan semua. Sikap kita, senyuman kita, kerja kita, kesediaan kita mengolah cara-cara tarikan baharu."Sektor kerajaan, sektor awam, sektor swasta, badan-badan pelancongan, syarikat, semua ini mengambil peranan melihat secara positif bagaimana boleh kita usahakan ikhtiar tambahan untuk mengangkat martabat negara kita," katanya.Perdana Menteri menuntut komitmen berterusan daripada kerajaan, sektor swasta dan masyarakat dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026. — Foto IZZRAFIQ ALIAS/SMGBeliau berkata demikian ketika berucap di majlis Cerita Malaysia Kita di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Jumaat malam.Menurut Anwar, sektor pelancongan bukan sekadar bergantung kepada promosi, sebaliknya digerakkan oleh sikap rakyat termasuk keramahan, kualiti perkhidmatan serta kesediaan mencipta tarikan baharu.Beliau menegaskan semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan pelancongan, syarikat dan komuniti setempat perlu memainkan peranan aktif bagi mengangkat imej negara di peringkat antarabangsa.Perdana Menteri bersama tetamu kehormat lain menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara rakan strategik sempena Program Cerita Malaysia Kita. -Foto IZZRAFIQ ALIAS/SMG"Ini bukan soal menang atau kalah. Usaha ini memerlukan penyertaan semua pihak serta komitmen untuk memastikan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak berjaya di negara ini, sambil menerima sokongan dan dorongan yang diperlukan," katanya.Anwar turut mengingatkan bahawa kejayaan Malaysia hanya boleh dicapai melalui kerjasama, saling menyokong dan penolakan terhadap sentimen kebencian serta perpecahan kaum dan agama.Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dalam ucapannya menegaskan bahawa perpaduan dan kepelbagaian merupakan kekuatan asas Malaysia dalam membina masa depan negara. Jeffrey Cheah menegaskan perpaduan dan kepelbagaian merupakan kekuatan asas Malaysia. -Foto IZZRAFIQ ALIAS/SMG“Kita semua adalah rakyat Malaysia. Perpaduan ialah kekuatan fundamental kita, manakala kepelbagaian adalah sumber kekuatan terbesar negara ini," katanya.Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat berteraskan Malaysia, Sunway berbangga dapat menyumbang kepada penceritaan nasional yang meraikan rakyat, budaya, agama dan tradisi negara, sekali gus menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.Pada majlis dianjurkan bersama Sunway Theme Parks dan Westar Group ini, perdana menteri turut melancarkan dua inisiatif utama iaitu koleksi khas Sunway Tiny Toys yang mengetengahkan ikon harian Malaysia sebagai cenderamata berinspirasikan warisan.Program Malaysia Attraction Passport (MAP) pula menggalakkan penerokaan domestik melalui pengalaman interaktif merentasi empat tarikan utama mesra keluarga.Hadir sama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.