suria

Hotel dengan penginapan selesa untuk 'staycation', mudahkan urusan 'workation' semakin jadi pilihan

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan 219 bilik tetamu kontemporari dan 10 suite eksekutif,

JIKA anda sedang mencari penginapan berkonsep moden dengan sentuhan tempatan, cuba pertimbangkan Mercure Kuala Lumpur Glenmarie yang terletak di tengah-tengah pembangunan Utropolis Glenmarie di Shah Alam, Selangor.

Hotel bertaraf pertengahan ini menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan elemen budaya Malaysia, sesuai untuk penginapan atas urusan kerja mahupun percutian santai.

Lokasi hotel juga strategik, mudah diakses melalui lebuh raya utama serta sistem pengangkutan awam seperti KTM Komuter dan laluan transit aliran ringan (LRT) yang bakal dibangunkan.

Setiap unit dihiasi karya seni kartunis tempatan, Reggie Lee.Setiap unit dihiasi karya seni kartunis tempatan, Reggie Lee.

Dari sini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengambil masa 40 minit perjalanan manakala Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hanya 15 minit. 

Kawasan perindustrian dan pusat perniagaan berdekatan pula boleh dicapai dalam masa lima minit, manakala pasar raya dan tarikan hiburan terletak sekitar 10 minit dari hotel.

Bilik moden dengan sentuhan seni Malaysia

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan 219 bilik tetamu kontemporari dan 10 suite eksekutif, setiap satunya dihiasi karya seni dinding oleh kartunis tempatan Reggie Lee.

Lukisan-lukisan tersebut memaparkan kehidupan seharian rakyat Malaysia, menjadikan setiap bilik mempunyai identiti tersendiri.

Kemudahan bilik termasuk televisyen pintar LED 55 inci, Wi-Fi berkelajuan tinggi, kemudahan membuat teh dan kopi, peti sejuk mini, peti keselamatan serta bilik mandi lengkap dengan pancuran hujan.

Ruang lobi Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menyerupai suasana perpustakaan.Ruang lobi Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menyerupai suasana perpustakaan.

Reka bentuk unik inspirasi akademik

Apa yang membezakan hotel ini dengan penginapan lain ialah reka bentuk lobi dan ruang awamnya yang diinspirasikan daripada persekitaran akademik.

Ruang lobi menyerupai suasana perpustakaan, kelas muzik dan seni, lengkap dengan elemen teka-teki serta ukiran abjad rawak pada dinding dan tiang.

Konsep ini semestinya memberi pengalaman visual berbeza dan interaktif kepada setiap tetamu.

Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa ditampilkan di Restoran Warna All-Day Dining.Pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa ditampilkan di Restoran Warna All-Day Dining.

Sajian tempatan jadi tarikan

Restoran Warna All-Day Dining pula menampilkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa diperbuat menggunakan bahan segar tempatan.

Selain bufet sarapan dan menu a la carte, pengunjung boleh menikmati kuih muih tradisional yang disajikan secara unik melalui trak makanan di dalam restoran yang berwarna-warni.

Bagi yang ingin bersantai, Urban@13 Rooftop Bar terletak di tingkat atas bersebelahan kolam renang terbuka, menawarkan snek ringan dan minuman dalam suasana 'chic industrial design' yang moden dan selesa.

Lengkap untuk ‘staycation’ dan acara

Hotel ini turut menyediakan kolam renang terbuka dan gimnasium lengkap dengan peralatan moden, menjadikannya sesuai untuk 'staycation' mahupun 'workation'.

Bagi tujuan mesyuarat atau majlis khas, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan lima bilik fungsi tanpa tiang dengan pencahayaan semula jadi, peralatan audio visual terkini dan Wi-Fi berkelajuan tinggi.

Ruang ini mampu menampung sehingga 140 orang, manakala Urban@13 Rooftop Bar sesuai untuk acara eksklusif sehingga 30 tetamu.

Dengan gabungan lokasi strategik, reka bentuk unik dan kemudahan lengkap, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie dilihat sebagai destinasi penginapan ideal di Lembah Klang.

Ia sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman penginapan moden tanpa meninggalkan sentuhan budaya tempatan.

Maklumat lanjut boleh layari mercure.com atau hubungi +603 5030 2888.

 

 

 

 

Artikel Lain

Bekas wartawan FMT ditahan